05 November 2010

NASIHAT IMAM AL-GHAZALI


NASIHAT IMAM AL-GHAZALI
1. Bersungguh-sungguhlah engkau dalam menuntut ilmu, jauhilah kemalasan dan kebosanan kerana jika tidak demikian engkau akan berada dalam kesesatan.

2. Ciri yang membezakan manusia dan haiwan adalah ilmu. Manusia adalah manusia yang mana ia menjadi mulia kerana ilmu. Tanpa ilmu mustahil ada kekuatan.

3. Cinta adalah merupakan sumber kebahagiaan dan cinta terhadap Allah mesti dipelihara dan dipupuk suburkan dengan solat serta ibadah yang lainnya.

4. Hadapi kawan atau musuhmu itu dengan wajah yang menunjukkan kegembiraan, kerelaan, penuh kesopanan dan ketenangan. Jangan nampakkan sikap angkuh dan sombong.

5. Melindungi persaudaraan dengan menolak celaan-celaan drpd musuh dan kedengkian orang-orang yang berdengki adalah wajib dalam ikatan persaudaraan.

6. Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari, nescaya banyaklah kepayahan dan kesusahan melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangannya.

7. Ketahuilah bahawa harta itu adalah seperti ular. Padanya ada racun dan padanya jua ada penawar. Faedahnya itu ubat dan bahayanya itu ialah bisa.


8. Membuka rahsia itu satu pengkhianatan dan ia adalah haram apabila datangkan kemelaratan pada orang lain serta tercela walaupun orang itu tak melihat.

9. Jika anda berada dalam jamuan dirumah orang hendaklah menjaga perangai, menjaga mata. Dalam solat menjaga hati dan dalam pergaulan menjaga lidah.

10. Ketahuilah kiranya sebahagian orang yang dikuasai oleh kemalasan, maka beratlah mereka untuk berjuang, berlatih dan bekerja untuk sucikan diri dan akhlak.

11. Manusia yang paling lemah ialah yang tak sanggup cari teman dan yang paling lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan teman yang telah diperolehinya.

12. Ilmu itu kehidupan hati daripada kebutaan, sinar penglihatan daripada kezaliman dan tenaga badan daripada kelemahan. Dengan ilmu manusia punyai darjat yang tinggi.

13. Ilmu yang hakiki itu ialah yang beri keyakinan bahawa maksiat itu racun yang membunuh dan bahawa akhirat itu lebih utama daripada kehidupan dunia.

14. Kebahagiaan yang sebenar lagi utama hanya terletak pada kemenangan dalam memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak-kehendak yang berlebih-lebihan.

15. Nikmat yang dikurniakan Allah akan bawa bahagia. Apabila seseorang sedikit sahaja cintanya terhadapNya, maka sedikitlah hasilnya diakhirat kelak.

Siiru 'ala Barakatillah..Selamat beramal!!!

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...