Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

30 November 2011

Salam Tahun Baru 1433H




salam Maal Hijrah walaupun agak trlmbat dh nie...

26  November 2011M brsamaan 1 Muharram 1433H

xkesah la kan, yg pnting apa yg kita nk capai utk taun nie...

koreksi dri kita sume yer

terutama diriku

azam taun lps dh trlaksana ke blum?

kalau belum, bleh carry ke taun nie, xde sape kesah pn kn

05 August 2011

Tahajjud Selepas Witir After Terawih: Bolehkah???


masa kt skolah mngah dlu ada kna tnya gak

soalan mcm nie agak femes d bulan Ramadhan

aku jwb skdr yg thu

kalau xthu aku sruh yg brtanya pergi tnye org laen


saje nk bkgsi psl nie

Soalan:
BOLEHKAH KITA BUAT SOLAT SUNAT @ RAKAAT KALAU KITA DAH BUAT WITIR SELEPAS SOLAT TERAWIH???!!!


sumber : di sini

Masalah sering ditanya sepanjang bulan Ramadhan.. Sepanjang malam bulan Ramadhan kita mengerjakan solat Tarawih yang disudahi dengan solat Witir sebanyak 3 rakaat.

Persoalan yang sering ditanyakan ialah, solat Witir adalah solat penutup. Bila disebut penutup, bermakna tidak boleh ada solat lain selepas itu. jadi bagaimana jika pada tengah malam hari selepas kita bertarawih dan berwitir, kita hendak mengerjakan solat Tahajjud? Bolehkah?

Barisan Panel Feqh al-ahkam.net telah beberapa kali menjawab permasalahan ini. Kita pilih salah satu jawpannya yang diberikan oleh Ustaz al-jawhar:

Solat witir disebut dalam hadis Baginda saw sebagai penutup solat malam (qiyam) sebagaimana di bawah:
Jadikan witir sebagai akhir (penutup) solat kamu dimalam hari. (HR Imam Bukhari : 998 dan Imam Muslim : 751)

02 August 2011

[RAMADHAN KAREEM] Pengenalan PUASA




TA'RIF:
menahan diri dari melakukan perkara2 yg membatalkan puasa (makan, minum dsbnya) bermula terbit fajar hingga terbenam matahari disertai dengan niat

>>x bleh makan mnum weh, klau nk puasa olok2 baek xyah pose trus... stop eating sblm azan subuh, kan dah ada waktu imsak 2, utk pringatn kpd kita la bhw subuh mghmpiri... cepat2 bbuka once u hear azan mghrib... kalau xniat malamnye means xleh pose laa??!!! erk, xkan x tlintas pn "aku nk pose esok hari"... jgn memayahkan dri anda... hohoho


HUKUM:
Fardu ain
-semua orang wajib puasa, bukannya wakil 1 femili sorang


SYARAT WAJIB:
1) Islam
2) Taklif
-akil baligh (cukup umur)
-beraqal (tidak gila)
-tak wajib kepada golongan di bawah

رفع القلم عن ثلاثة عن النائم حتى يستيقظ، وعن الصبي حتى يبلغ، وعن المجنون حتى يعقل



“Diangkat qalam (tulisan amalan) daripada tiga jenis manusia : daripada orang tidur sehingga dia bangun, daripada kanak-kanak sehingga dia bermimpi (baligh) dan daripada orang gila sehinggalah dia berakal“. (Abu Daud (4403) dan selainnya).

3) Tiada keuzuran
-tidak haid @ nifas d siang hari
-tidak pengsan @ gila sepanjang hari (kalau pengsan d sebahagian hari, SAH puasanya)


17 July 2011

Nisfu Syaaban

sumber hadis: di sini

Dari Naufal al bakali bahwasanya sayidina Ali keluar rumah pada malam nisfu sya’ban dan memandang kelangit sambil berkata keluar pada malam nisfu sya’ban nabiullah Daud alaihissalam dan memandang kelangit dan berkata Ya Allah sesungguhnya malam ini adalah malam mustajab do’a tidak berdo’a seseorang melainkan engkau kabulkan.




alhamdulillah

masih lagi diberi nikmat bertemu Nisfu Syaaban utk kesekian kalinya...

15 Syaaban

sungguh Allah swt itu Maha Pengasih & Maha Penyayang

diberinya kesempatan brtemu dgn malam ini

diberinya peringatan akan kedatangannya

terima kasih Allah 



malam nie kita surah Yaa Sin 3x brturut2

bnda khilaf tp xsalah dibuat kan

kalau bkn malam nie, malam laen kamu buat ke???

jangan pulak brpegang wajib utk baca Yaa Sin 3x malam nie

tidak begitu bukan

buat 2 dengan niat ikhlas, apa salahnya kan...

huhuhu

kalau xnak tmbah amalan pn xpe... (ayat sindir nie)

22 May 2011

Kefahaman & Semangat adalah KEMBAR!!!



Tajuk yg mungkin ada sesetengah orang tak setuju... aku tak kesah pun kalau tak stuju, moh ler kita diskusi kalau ada pandangan lain... terbuka untuk berbincang, tiada sekatan & halangan.


Baru2 nie sempat aku meminta sedikit nasihat daripada kawan baik aku (ikut sedap tangan taip jer ngaku kwn baek kan, entah2 dia xngaku pn). Bior ler kalau dia xnak mengaku aku kawan baik dia pun, aku kesah...

Memberi nasihat apabila diminta kan termasuk dalam hak seorang muslim terhadap muslim yang lain. So, dia telah memenuhi hak tersebut .. huhuhu.  Rasulullah SAW telah bersabda , hak seorang muslim terhadap seorang muslim yang lain itu ada 6 perkara:


Apabila kamu menjumpainya, maka hendaklah kamu memberi salam kepadanya. Apabila dia menjemput kamu, hendaklah kamu memperkenankan jemputannya. Apabila dia meminta kamu memberi nasihat, hendaklah kamu menasihatinya. Apabila dia bersin lalu dia mengucap Alhamdulillah, hendaklah kamu berdoa kepadanya (dengan ucapan Yarhamkallah). Apabila dia sakit, hendaklah kamu lawatinya. Dan apabila dia mati, hendaklah kamu iringi jenazahnya
(Hadis Riwayat Muslim.)


29 April 2011

...Hari Jumaat...




Hari Jumaat, Hari Mulia
oleh: Abu Usamah Mohd Masri
sumber: iLuvIslam, Facebook


Sabda Nabi SAW: “Hari terbaik yang memancarkan sinar mataharinya ialah hari Jumaat. Padanya diciptakan Adam AS, padanya dimasukkan dia ke dalam syurga dan padanya dikeluarkan dia darinya. Dan tidak akan berlaku hari Kiamat kecuali pada hari Jumaat.” (Sahih Muslim: 854 )

Sunnah-sunnah di hari Jumaat

1)-Mandi dan berwangi-wangian (lelaki sahaja). Rasulullah SAW berkata: “Mandi pada hari Jumaat itu wajib bagi setiap orang yang sudah baligh. Hendaklah dia menggosok gigi dan memakai wangian jika mempunyainya.” (Sahih, al-Bukhari:880, Muslim:846)


2)-Membanyakkan selawat kepada Rasulullah SAW. Kata Nabi SAW: “Sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat keatas ku pada hari tersebut. Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku.” (Sahih, Abu Daud:1047, disahihkan oleh al-Arnaouth)


3)-Membanyakkan berdoa terutama diakhir waktu asar. “Pada hari Jumaat terdapat dua belas jam, pada waktu itu tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Dia akan mengabulkannya. Oleh itu, carilah ia diakhir waktu setelas asar.” (Sahih, Abu Daud: 1048, di sahihkan oleh al-Hakim, adz-Dzahabi, an-Nawawi dan al-Albani)


4)-Membaca surah al-Kahfi. Rasulullah SAW berkata: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (Sahih, al-Hakim:3392, disahihkan oleh al-Albani)


5)-Berjalan kaki dan bersegera ke masjid. Kata Nabi SAW: “Sesiapa yang memandikan atau mandi pada hari Jumaat, kemudian bersegera dengan berjalan kaki, tidak menaiki kenderaan, dan mendatangi imam lalu mendengar (khutbah) dan tidak bermain-main, maka adalah baginya setiap langkah (bersamaan) amalan puasa dan solat selama setahun.” (Sahih:Sunan Abi Daud: 345, al-Albani mensahihkannya)

26 April 2011

Memilih Sahabat Yang Baik Bukan Senang !!!



Teringat akan isi ceramah seorang ustaz...
"Kita menjadi manusia dek kerana kita ada 2 ways of communication dengan manusia sekeliling..."
aku terfikir, betul la apa yg ustaz tu kata... kita adalah manusia bila kita berperwatakan manusia, yg mana mnusia saling memerlukan antara satu sama laen....
so, nak tak nak kita kena ada komunikasi dengan orang ramai...


contoh mudah: cerita Tarzan.... huhuhu
si Tarzan, manusia yg hidup dalam hutan sejak kecil lagi (kena buang masa baby ke hape??!!! erk) bila dia pergi ke bandar, orang tak boleh terima dia sebagai manusia... dia tak pandai pegang sudu, tak boleh berjalan dgn betul, tak makan nasi (KFC makan kot... hahha)... Tarzan tak berkomunikasi dgn manusia dalam masa yg agak lama hingga nak bertutur kata pun macam tak reti dah. So, disebabkan dia dah lama tak contact dgn manusia, dia dianggap seperti 'bukan manusia'... betul ape...


same as us laa...
kalau kita xnak berkawan @ xsuka brkawan, kitalah Tarzan...
hehehe
anyway, nak brkawan pun biar pndai cari kann
jngn maen 'tangkap muat' jer sape2 yg kita jmpa
kena pilih jgk laaa

bukannye kata xboleh brkawan dgn 'budak nakal'...
boleh ajaa tapi diri kita kena 'kuat'...
tkot nnti terikut2 plak kan...
"aku nak brkawan ngn sume org..."
silakan, itu lagi baek...
kena 'kuat', baru bleh 'lawan'

11 April 2011

Lelaki Soleh Menurut Acuan Islam...




Sentiasa taat & patuh kepada Allah S.W.T dan Rasullullah S.A.W.


Al-Quran menjadi panduan hidup.


Jihad Fisabilillah adalah jalan hidup.


Mati syahid adalah cita-cita yang tertinggi.


Mardhotillah matlamat hidupnya.


Sabar dalam menghadapi ujian dan cubaan dari Allah S.W.T.


Akhirat menjadi tujuan utama hidup.


Sangat takut kepada ujian Allah S.W.T dan ancamannya.


Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.


Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.

20 February 2011

Peringatan kpd Pemimpin!!!

Peringatan Buat Para Pemimpin
dihantar oleh: fuadsyazwan
Editor: deynarashid


Menjadi pemimpin bukan mudah.

Tapi zaman sekarang semua orang kemaruk untuk jadi pemimpin. Hayatilah kisah ini untuk menilai layakkah kita untuk meminta-minta jawatan pemimpin.

Dari hal keadilan, ketakwaan dan kemuliaan budi baginda Umar bin Abdul Aziz, tidaklah perlu lagi diterangkan panjang lebar. Kisahnya panjang lebar telah dikarang oleh ulama-ulama.

Sesungguhpun dia telah mencapai kedudukan yang semulia itu, belumlah dia kenyang dari petunjuk ulama dan pimpinan seorang yang arif.

Pada suatu hari berkirim suratlah baginda kepada ulama Tabi’in yang masyhur, Hasan Basri, bertanya kepada beliau dari hal sifat-sifat Imam (raja) yang adil. Maka telah menjawab Hasan Basri demikian bunyinya:

“Ketahuilah hai Amirul Mukminin, bahawasanya Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah menjadikan raja yang adil laksana tongkat tua yang teguh condong yang akan menauri, lemah yang akan membila. Dia menjadi tujuan dari segala orang yang ragu, memperbaiki segala yang rosak, menguatkan segala yang lemah, tempat mengadu bagi tiap-tiap yang teraniaya, tempat kembali dari tiap-tiap yang sengsara.”

“Imam yang adil ya Amirul Mukminin, ialah laksana seorang pengembala yang hati rahim kepada binatang pengembalaannya; dibawanya ke padang yang berumput subur, dijaganya jangan jatuh ke lurah yang curam, dijaganya dan dipeliharanya jangan ditangkap binatang buas, dipeliharanya jangan ditimpa dahaga dan kepanasan.”

“Imam yang adil ya Amirul Mukminin, laksana seorang ayah yang cinta akan anak-anaknya, diasuhnya semasa anak itu kecil, diajarnya setelah anak itu besar, dituntunnya di dalam mencari penghidupan, dikumpulkannya harta bersusah payah, untuk anaknya itu jika si ayah mati.”

“Imam yang adil ya Amirul Mukminin, laksana seorang ibu yang pengasih, dikandungnya anaknya dalam perutnya dengan susah payah, diasuhnya setelah anak itu lahir. Tidak tidur matanya malam, jika anaknya bangun, dia termenung jika dilihatnya anaknya duka, disusukannya; puas disusukan digendungnya. Mukanya berseri-seri jika si anak sihat, mukanya muram jika si anak sakit.”

“Imam yang adil ya Amirul Mukminin, ialah laksana seorang yang berdiri di antara Allah dengan hamba-Nya, didengarnya Maha Tuhan dengan tenang, setelah itu diterangkannya bagaimana wajah-Nya kepada mereka. Dibimbingnya tangan umat supaya sama-sama ke hadrat Rabbi, memohonkan kurnia-Nya.”

“Oleh sebab itu ya Amirul Mukminin, janganlah paduka sebagai budak yang dipercayakan oleh penghulunya kepadanya menyimpan hartanya dan memelihara kaum kerabatnya, lantas budak itu khianat akan amanat, dimusnahkannya harta benda itu dan disia-siakannya petaruh.”

14 February 2011

12 Rabi'ul Awal

Tanggal 12 rabiulawal bakal/menjelang..Umat islam di seluruh dunia bertungkus lumus membuat persiapan untuk menyambut hari kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w... Ceramah umum, marhaban, tazkirah, nasyid dan ada juga yang mengadakan perarakan sebagai simbol kekuatan islam. Rabiulawal datang dan pergi. tapi sejauh manakah program-program yang di adakan telah menyemai benih2 kecintaan pada Tokoh Agung s.a.w yang telah lama meninggalkan kita ini. Apakah ajaran dan perjuangan baginda benar2 kita hayati dalam kehidupan?

Realiti yang dapat dilihat pada hari ini, tidak terdapat sebarang perubahan pada diri umat islam. Bukan sahaja ibadah tidak berkualiti, dosa dan maksiat pula bertambah. Walaupun di sana sini kedengaran suara sumbang yang mengatakan sambutan maulidur rasul adalah bidaah tapi umat islam tetap menyambutnya kerana sambutan ini menunjukkan rasa cinta kita pada Rasulullah s.a.w bukan saja-saja nak meraikan majlis ini.
Namun begitu, rasa rindu dan cinta pada Rasulullah s.a.w hanya bermusim setahun sekali saja. Mengapa tidak diteruskan setiap hari sepanjang tahun? susahkah bagi seseorang untuk merindui Rasulullah s.a.w setiap hari? moga2 hari2 kita hidup biar Rasulullah sentiasa ada bersama kita walaupun Baginda s.a.w telah meniggalkan kita 1400 tahun dahulu...
~Allahummasolli'ala Muhammad wa'ala aalimuhammad~

Tanamkan azam dalam hati agar Maulidurrasul menjadi medan untuk membuktikan kecintaan seorang umat kepada Rasulullah s.a.w yang dikasihi...=)


12 February 2011

Say No to Valentine's Day


tiba2 jer teringat psl Valentine's Day lps baca 'paper' pagi xdi...

tarikh 14 Februari stiap thun mnjdi trikh yg d tnggu2 oleh psngn kekasih...

Malaysia ker, UIA ker, Africa ker... everywhere lah


khutbah Jumaat pada 11/02/11 gak ade brkaitan pristiwa nie...

sedikit yg dpt dkgsi bsama yg smpat aku 'tgkp & 'smpan'...

-peristiwa nie BUKAN daripada ajaran Islam, tiada kaitan pun ngn agama kita

-kebiasaannya, psangan kekasih akn mghntr kad @ kiriman bunga kpd psangan nya

-Islam tidak mnyekat umatnya brkasih syang, tapi caranya kena betul & mengikut syariat

-thun 2000-2008: lebih 257,000 bayi didaftarkan tanpa nama bapa (jmpa tepi jalan @ kt mane aku xthu la)

-meniru budaya asing tnpa mengetahui latar belakang & detailnya mungkin boleh merosakkan agama 
pelakunya

-dan banyak lagiiii.... tapi aku x smpat tngkap daaa...


Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.
(surah al-Baqarah, 2:120)

28 January 2011

Aku Rugi @ Untung???

  Siapakah Yang Rugi Dan Siapakah Pula Yang Untung?  




Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang paling sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.






Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku reda dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.





Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.









17 January 2011

Nak Mintak Rehat???!!!

Sapo Xse Berehat???!!!!
alangkah indahnya hidup kalau dapat berehat kan... 
belajar 1 sem selama 14 mggu, lepas 2 dapat cuti, cuti = rehat dari belajar d kampus... 
selepas penat bekerja, bos bagi cuti, rehat juga kan... 
berehat selepas bermain, sangat nikmat dirasakan masa i2 kan...

kata seorang kawan aku,
"bleh x kalau nk mintk berehat sekejap?"
tanyaku, "kenapa?"
"meeting x habis2, xde masa untuk aku studi & buat kerja aku..", katanya
"ikut mu lah, panda mikir blako 2 gak... bkpo x mitok brhenti slalu...?" aku brtanya
...DIAM SERIBU BAHASA...

eiii.. "layak kah kita mintak rehat???" sebelum persoalan 2, tanya dulu, "kenapa perlu rehat?"
"apa yg kau faham tentang rehat?"
"kalau x rehat, tapi kurangkan kerja... x boleh ker?"

persoalan besar nya: " LAYAK KAH KITA MINTAK REHAT?"
x mahu buat kerja2 baek buat sementara waktu...
nak tengok org laen buat kerja Islam...



Mereka berkata: "Hai Musa, kami sekali-sekali tidak akan memasukinya selama-lamanya, selagi mereka ada di dalamnya, karena itu pergilah kamu bersama Tuhanmu, dan berperanglah kamu berdua, sesungguhnya kami hanya duduk menanti di sini saja." (al-Maidah, 5:24)

Wahai pejuang.. Saat dirimu diuji bila badai perjuangan melanda.
Adakalanya kau kuat kerana kau yakin ALLAH di sisi
Tapi satu masa bila semangat kau pergi, walau bergoncang jiwa ragamu...
Jangan kau lari dari medan ini.
Biarkan ALLAH terus memegang hatimu...
Memandu langkahmu..
Membentuk dirimu menjadi pejuang sejati...
Tidak mahukah kamu???!!!


p/s: x malu kah anda duhai en. fahmi mat zin... jangan pernah terlintas di fikiran untuk mintak rehat yer.. NEVER EVER DO THAT...

13 January 2011

Tanda-tanda Keras Hati

salam peringatan untuk diri sendiri & kawan-kawanku...

Hati = sumber ilham dan pertimbangan. Hati = tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil serta ketenangan dan kebimbangan.

Hati merupakan sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati.

Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:
 
1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan
Terutamanya malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunat. Allah telah menyifatkan kaum munafik dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)
 p/s: jangan pernah merasa cukup dengan ibadah hok kito buat.. namun, jangan terlalu menumpu kepada ibadah sampai tinggal semua bendo lain... bersederhana itu lebih baik... pikir-pikirkan bersama...

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran
Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali. Mereka juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberikan peringatan, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman-Ku." (Surah Qaf, ayat 45)
p/s: tak blaja Bahasa Arab & baca Quran bukan tafsir... boleh paham ker??? kalau pun blajar Bahasa Arab, paham semua ker??? sebaek2nya tengok tafsir jarang2... hmmm... susoh jgk 2...

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat
Segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego, individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.
p/s: hok nie payoh cket nok elak... dush3 (keno sembe muko dnding)... adoooiiii

4. Kurang mengagungkan Allah
Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah diperlekehkan orang lain, tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.
p/s: pakat2 kita cek smula hati kito... ada orang yg tak suka kepada hukum Islam, xtahu la aku nok kato guano, kesian kan kpd ore gi2...kan3... jangan pernah PERSENDA Islam, buleh MURTAD 2 bohh... 

sumber: iLuvIslam

22 December 2010

Akhlak Sebagai Anak

“Huuuuh...” Ibu tua itu mengeluh panjang. Sekali lagi. Keluhan berat dilepaskan si ibu sejurus selepas bayang-bayang si anak mula luput dari pandangannya. Ditenungnya susuk tubuh anaknya itu sehingga ghaib menghilang bersama kawan-kawannya.

Kenapakah??!!!

Anak kesayangannya yang dikandung lebih 9 bulan sekali lagi pergi meninggalkan rumah. Ke mana agaknya hala tuju si anak perempuan itu? “Nak pergi program Islam bu, boleh kan..”, pujuk si anak, lembut sambil membuat mimik muka manjanya.

Peliknya!!! Kenapa ada ibu yang mengeluh bila anaknya ingin ke program agama???

“Bukan ibu tak nak bagi dik, tapi dah banyak kali adik keluar rumah. Masuk kali nie dah kali ke-3 dalam minggu nie saje. Belum kira yang minggu-minggu sebelumnya lagi..”, jelas ibu kepada anaknya dengan nada lembut. Si anak menganggap itu adalah ‘lampu hijau’ dari ibunya, mungkin dia kurang mengerti isi hati tersirat di sebalik ucapan ibunya. Masih mentah mentaliti anak itu mungkin.

Siti @ nama penuhnya Siti Fatimah bt Mat Zin sememangnya dikenali sebagai wanita solehah dalam kalangan kawannya. Mengikuti ceramah-ceramah agama, forum perdana, kem-kem ibadah & yang sewaktu dengannya sudah menjadi rutin baginya. Di mana ada proram, di situ ada Siti. Di mana ada Siti, pasti di situ ada program agama.

Siti pulang ke rumah, hampir-hampir maghrib waktunya. Memang jelas terlihat butir-butir keletihan di wajah Siti, pucat seperti mayat. Dizahirkan keletihannya kepada ibu tersayang, “Bu, Siti naik berehat dulu... Siti capet bu...”, kata Siti. Sudah biasa Siti berceloteh dengan ibunya dalam bahasa asing kerana itu tanda kemesraan mereka, penguat hubungan pengikat kasih.

******************** 

Ibunya sudah boleh dikategorikan sebagai golongan emas, namun acapkali dia enggan mengakuinya. “Ibu masih kuat dik, boleh buat kerja lagi. Cakap jer kerja apa yang adik boleh buat, ibu juga boleh buat sama macam adik, tidak ada kurangnya walau sedikit. Umur kita jer yang berbeza, tapi kudrat sama kuat”, pandai ibu berhelah depan adik.

Ibu sentiasa sahaja melakukan kerja-kerja rumah, tapi adik..... amat jarang membantu ibu sendiri. Tapi program-program Islam tidak pernah missed walau sekali. Alangkah aneh kelakuan adik Siti. Sudah beberapa kali sikap Siti ini ditegur oleh kawan rapatnya, Rozana.

***********************THE END***********************

Apa kata ...~~Menjadi Diriku~~...:

Anak yang baik, tidak menambah beban yang sudah ada kepada ibu bapanya. Secara mudahnya, tidak kira parti apa yang anaknya sokong, ibu bapa hanya mengharapkan supaya anaknya adalah ‘orang’ & boleh mendoakan mereka hari ini dan esoknya. Kalaulah kamu penyokong parti 1Malaysia tapi suka bantu mereka, solat tak tinggal, puasa tak ‘yuk-yuk’ & baek sahaja tingkahnya lebih ibu bapa kamu sukai daripada penyokong Kepimpinan Ulama' tapi kutu rayau, tak solat, malas membantu di rumah. Jadilah anda orang yang sebenarnya dengan berakhlak baik, jangan jadi hantu pari @ pocong @ zombi kampung pisang. Hehehe 


p/s: hak cipta aku... 1st time mencoret cerita nie. Sila bagi komen yang membina, komen meruntuhkan pun takpa..

07 December 2010

...Salam 1432H...

salam tahun baru hijrah kepada semua...

datangnya tahun baru 1432H, 1431H berlalu pergi...
perginya yang lama, pasti ada sesuatu yang ia tinggalkan...
ingatlah sentiasa kenangan pahit & manis itu...
sematkan ia dalam memori & panggil ia kembali bila memerlukannya...

datangnya tahun baru, perubahan itu yang perlu...
bererti ada sesuatu yang perlu dikorbankan...
bukannya mengorbankan yang kita tak suka, tapi apa yang kita sayang ditinggalkan...
ingin meninggalkan habitual actions, penderitaan menjadi tanda tanya...
berubah untuk berjaya, mahukah kita???!!!!


semangat baru sempena tahun baru...
azam baru untuk kehidupan yang lebih baik...
kalau dulu banyak tidur, sekarang banyakkan studi...
kalau dulu malas ke kelas, sekarang consultation dengan lecturer...

kenapa???!!!!

because myself is not just for myself, it's for themselves...

10 November 2010

sujud syukur...

salam kesyukuran di atas nikmat-nikmat yang dikurniakan Sang Pencipta kepada makhluknya (terutama kita)..



terkadang diri kita mendapat satu kenikmatan yang sememangnya kita inginkan. Contohnya, mendapat result exam yang sangat cemerlang (dean's list berjuta-juta kali), hajat kita dimakbulkanNya dan sebagainya.


Mahu tidak mahu, kita selaku hamba kena bersyukur kepada Rabbul 'Izzati... Hebat mana pun kita, besar mana pun kita, tinggi mana pun jawatan kita tetap kena bersyukur... Tidak boleh buat 'lebih kurang' jer dalam bab bersyukur...


Sujud syukur???
tak kan tak pernah dengar sujud syukur???!!!


sujud syukur ialah sujud yang dilakukan apabila seseorang itu mendapat kenikmatan daripada ALLAH swt atau terhindar dari bahaya & malapetaka. Ia juga sebagai tanda terima kasih kita kepadaNya di atas nikmat-nikmatNya.


dalam mazhab Syafi'e, sujud syukur tidak boleh dilakukan dalam solat. Ia hanya SUNAT dilakukan di luar solat. Hukumnya bukan wajib, namun adakah kita nie kacang lupakan kulit??? Sudah tak reti nak bersyukur kepadaNya, mulut sudah bisu untuk ucap ALHAMDULILLAH??? anggota badan sudah lumpuh untuk buat sujud syukur...???


sebelum kita melakukan sujud syukur, pastikan diri kita SUCI DARIPADA HADAS KECIL & BESAR, MENUTUP AURAT & MENGHADAP KIBLAT...


caranya:
angkat takbir, niat sujud syukur & terus sujud sekali SAHAJA... selepas itu, duduk macam tahiyyat akhir & terus bagi salam... senang jer kan??!!!!


so, tunggu apa lagi... jom zahirkan kita punya kesyukuran kepadaNya dengan sujud syukur (ini antara cara bersyukur, ada lagi yang lainnya)
kita sentiasa dapat nikmat yang lebih daripada orang lain... kita dapat result yang gempak, keturunan kita baik-baik belaka, ahli usrah di bawah kendalian kita berjaya 'diajar' dengan baik & sebagainya...


p/s: jangan tunggu ALLAH swt tarik nikmat yang dia bagi, baru nak menyesal sebab tak bersyukur...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...