22 December 2011

Word: Sarkastik



alhamdulillah...

trtarik utk meneroka mkna sbnar SARKASTIK

kpd yg x prnah dgr lg sblum nie, sila2 la tanya 'sheikh google'

kpd yg prnah dgr tp xthu pe benda, sila la jgk buat yg dmikian


when i heard this word, i really dunno wat it is (hahaha)

xkesah la weh, yg pnting input nya smpai ke tlinga kamu & aku


jom blaja istilah moden!

08 December 2011

Buat Cream & Ointment sendiri....



salam semuanya...

skdr nk brkgsi psl aku punye kos & studi...

wlpn agk lmbt bebenor dh nie ngn trkh dibuat nye..

memang best ada lab mcm nie...

memg ptot ada pn lab gini ssuai dgn kos 2, bljq teori saje mna blehhh...


Subject: Introduction to Pharmacy Practice 1
Title: Preparing Creams and Ointments





>>> alat2 yg dgunakn...

30 November 2011

Salam Tahun Baru 1433H




salam Maal Hijrah walaupun agak trlmbat dh nie...

26  November 2011M brsamaan 1 Muharram 1433H

xkesah la kan, yg pnting apa yg kita nk capai utk taun nie...

koreksi dri kita sume yer

terutama diriku

azam taun lps dh trlaksana ke blum?

kalau belum, bleh carry ke taun nie, xde sape kesah pn kn

14 November 2011

Mengapa Qurban itu dipandang enteng???!!!




salam Eidul Adha 1432H

rasa nya mcm dah tlambat sgt tp xpe je kan.. huhuhu

1st of all, selamat berkorban kpd my fren smua yer

xkesah bkorban masa, pitis (duet), kudrat dsbnya...

smoga ianya besar di sisi Allah swt...






aku nk bkgsi 1 kisah yg aku rasa sgt tkejut & pelik kot bila aku dengar ia blaku d skeliling aku sdiri... Begini kisahnya:


Seorang makcik nie duk brbual dgn jiran dia la kan & tnya kt jiran dia:
"Taun nie gghebe mmano?"
(Tahun ni buat korban di mana?)

05 August 2011

Tahajjud Selepas Witir After Terawih: Bolehkah???


masa kt skolah mngah dlu ada kna tnya gak

soalan mcm nie agak femes d bulan Ramadhan

aku jwb skdr yg thu

kalau xthu aku sruh yg brtanya pergi tnye org laen


saje nk bkgsi psl nie

Soalan:
BOLEHKAH KITA BUAT SOLAT SUNAT @ RAKAAT KALAU KITA DAH BUAT WITIR SELEPAS SOLAT TERAWIH???!!!


sumber : di sini

Masalah sering ditanya sepanjang bulan Ramadhan.. Sepanjang malam bulan Ramadhan kita mengerjakan solat Tarawih yang disudahi dengan solat Witir sebanyak 3 rakaat.

Persoalan yang sering ditanyakan ialah, solat Witir adalah solat penutup. Bila disebut penutup, bermakna tidak boleh ada solat lain selepas itu. jadi bagaimana jika pada tengah malam hari selepas kita bertarawih dan berwitir, kita hendak mengerjakan solat Tahajjud? Bolehkah?

Barisan Panel Feqh al-ahkam.net telah beberapa kali menjawab permasalahan ini. Kita pilih salah satu jawpannya yang diberikan oleh Ustaz al-jawhar:

Solat witir disebut dalam hadis Baginda saw sebagai penutup solat malam (qiyam) sebagaimana di bawah:
Jadikan witir sebagai akhir (penutup) solat kamu dimalam hari. (HR Imam Bukhari : 998 dan Imam Muslim : 751)

02 August 2011

[RAMADHAN KAREEM] Pengenalan PUASA




TA'RIF:
menahan diri dari melakukan perkara2 yg membatalkan puasa (makan, minum dsbnya) bermula terbit fajar hingga terbenam matahari disertai dengan niat

>>x bleh makan mnum weh, klau nk puasa olok2 baek xyah pose trus... stop eating sblm azan subuh, kan dah ada waktu imsak 2, utk pringatn kpd kita la bhw subuh mghmpiri... cepat2 bbuka once u hear azan mghrib... kalau xniat malamnye means xleh pose laa??!!! erk, xkan x tlintas pn "aku nk pose esok hari"... jgn memayahkan dri anda... hohoho


HUKUM:
Fardu ain
-semua orang wajib puasa, bukannya wakil 1 femili sorang


SYARAT WAJIB:
1) Islam
2) Taklif
-akil baligh (cukup umur)
-beraqal (tidak gila)
-tak wajib kepada golongan di bawah

رفع القلم عن ثلاثة عن النائم حتى يستيقظ، وعن الصبي حتى يبلغ، وعن المجنون حتى يعقل



“Diangkat qalam (tulisan amalan) daripada tiga jenis manusia : daripada orang tidur sehingga dia bangun, daripada kanak-kanak sehingga dia bermimpi (baligh) dan daripada orang gila sehinggalah dia berakal“. (Abu Daud (4403) dan selainnya).

3) Tiada keuzuran
-tidak haid @ nifas d siang hari
-tidak pengsan @ gila sepanjang hari (kalau pengsan d sebahagian hari, SAH puasanya)


31 July 2011

Haddad Alwi - Marhaban Ya Ramadhan


Munsyid: Haddad Alwi ft Anti
Title: Marhaban Ya Ramadhan



Marhaban Ya Syahro Ramadhan Ya Syahro Syiam

Marhaban Ya Syahro Ramadhan Ya Syahro Syiam
Marhaban Ya Syahro Ramadhan Ya Syahro Syiam

Selamat datang Ramadhan, bulan penuh ampunan
Selamat datang Ramadhan, bulan penuh ganjaran

Mari kita menyambut dengan hati gembira
Mari kita menyambut dengan hati bahagia

Marhaban Ya Syahro Ramadhan Ya Syahro Syiam
Marhaban Ya Syahro Ramadhan Ya Syahro Syiam

28 July 2011

4 Lelaki Buta & Gajah




              Once upon a time in India, there were four blind men having a discussion under a coconut grove in a big street. One of them said, " I've heard that the elephants are very big. They can even perform shows and carry heavy things!"


             Another blind man said, "How nice if we could find out what an elephant is like."

             A man riding on an elephant heard their conversation. He turned to them and said, "You wish to know what elephant is like? Well, come and touch my elephant!"

            The four blind man happily walked towards the elephant and touched it.

            One of them felt the elephant's tusk and said, "I know now that the elephant is just like a short, solid and curved stick,"

            Another felt that elephant's ear and said, "The elephant is like a very round and big fan!"

            The 3rd blind man felt the elephant's leg and said, "No, it's not like a stick nor a big round fan. It's just like a very straight and rough pole."

            The 4th blind man felt the elephant's tail and said, "What all of you have said is wrong! The elephant is just like a thin rope!"

            Each of the four blind men insisted that he was right and others were wrong, saying, "Now, I know what the elephant is like."

17 July 2011

Nisfu Syaaban

sumber hadis: di sini

Dari Naufal al bakali bahwasanya sayidina Ali keluar rumah pada malam nisfu sya’ban dan memandang kelangit sambil berkata keluar pada malam nisfu sya’ban nabiullah Daud alaihissalam dan memandang kelangit dan berkata Ya Allah sesungguhnya malam ini adalah malam mustajab do’a tidak berdo’a seseorang melainkan engkau kabulkan.




alhamdulillah

masih lagi diberi nikmat bertemu Nisfu Syaaban utk kesekian kalinya...

15 Syaaban

sungguh Allah swt itu Maha Pengasih & Maha Penyayang

diberinya kesempatan brtemu dgn malam ini

diberinya peringatan akan kedatangannya

terima kasih Allah 



malam nie kita surah Yaa Sin 3x brturut2

bnda khilaf tp xsalah dibuat kan

kalau bkn malam nie, malam laen kamu buat ke???

jangan pulak brpegang wajib utk baca Yaa Sin 3x malam nie

tidak begitu bukan

buat 2 dengan niat ikhlas, apa salahnya kan...

huhuhu

kalau xnak tmbah amalan pn xpe... (ayat sindir nie)

28 June 2011

Selamat hari lahir!!!



alhamdulillah
28 jun 2011
trikh yg best & xleh dilupakan


dah umo 20taun rupanya aku & 'dia'...
lama sangat dah hidup nie...
bnyak dah bnda brguna & lalai yg dibuat...
adooiiii


smoga 19 taun yg sblm nie adlh taun2 yg bmakna & 'hebat'
smoga taun yg mndatang mnjdi lbih brmanfaat
smoga diriku tetap diriku wlpun dah btambah umo
smoga diriku xmelupai kawan2ku yg ada


aku x mntk hadiah besday yer...
sekadar tahu, "owh, ari nie besday mereka brdua" pn dah ckup...
x wish??!!! xkesah pn sbnrnya...
klau nk bg hdiah, kecil tapak tngan nyiru hmba tadahkn...
xmntk, kalau bg ambik... hahaha
org yg wish & doakan org laen akn sntiasa diingati
huhuhu


19 June 2011

...Sahabat...

puisi untuk sahabat... ecece....




sifat-sifat sahabat anda...




hehehe...



04 June 2011

Si Kidal = The Chosen Person...

from:


Si Kidal itu ialah bahasa yang mudah difahami oleh orang kita. Si Kidal dalam erti kata lain ialah mereka yang menjadikan tangan kiri sebagai penggunaan utama dalam kehidupan seharian. Dalam dunia ni terdapat kira-kira 10% je orang yang bergelar Si Kidal. 

Ada mitos mengatakan bahawa Si Kidal adalah golongan yang mudah diserang penyakit. Pernah diyakini bahawa Si Kidal lebih mungkin menderita dyslexia (gangguan perkembangan membaca), schizophrenia (gangguan mental), dan stuttering (gangguan komunikasi). Beberapa doktor percaya bahawa Si Kidal lebih cenderung menghidap kanser payudara, alergi, dan asma

Atau dalam erti kata lain, 
Si Kidal ialah Orang Kurang Upaya?!!!



Terdapat juga fakta 17% Si Kidal seluruh dunia mati ketika menggunakan peralatan untuk mereka yang menggunakan tangan kanan. Oh, benarkah ini fakta? 

Nanti dulu, jangan terus menilai.



22 May 2011

Kefahaman & Semangat adalah KEMBAR!!!



Tajuk yg mungkin ada sesetengah orang tak setuju... aku tak kesah pun kalau tak stuju, moh ler kita diskusi kalau ada pandangan lain... terbuka untuk berbincang, tiada sekatan & halangan.


Baru2 nie sempat aku meminta sedikit nasihat daripada kawan baik aku (ikut sedap tangan taip jer ngaku kwn baek kan, entah2 dia xngaku pn). Bior ler kalau dia xnak mengaku aku kawan baik dia pun, aku kesah...

Memberi nasihat apabila diminta kan termasuk dalam hak seorang muslim terhadap muslim yang lain. So, dia telah memenuhi hak tersebut .. huhuhu.  Rasulullah SAW telah bersabda , hak seorang muslim terhadap seorang muslim yang lain itu ada 6 perkara:


Apabila kamu menjumpainya, maka hendaklah kamu memberi salam kepadanya. Apabila dia menjemput kamu, hendaklah kamu memperkenankan jemputannya. Apabila dia meminta kamu memberi nasihat, hendaklah kamu menasihatinya. Apabila dia bersin lalu dia mengucap Alhamdulillah, hendaklah kamu berdoa kepadanya (dengan ucapan Yarhamkallah). Apabila dia sakit, hendaklah kamu lawatinya. Dan apabila dia mati, hendaklah kamu iringi jenazahnya
(Hadis Riwayat Muslim.)


16 May 2011

Terima Kasih Cikgu!!!





16 Mei setiap tahun adalah Hari Guru bersempena meraikan semangat & pengorbanan guru2 mendidik anak bangsa...
Hari ini, ia menjelma lagidengan membawa tema "GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"


Terima kasih kepada guru-guru yang telah mengajar aku selama ini bermula di Tadika SK Chetok (xlama pn sbb xnk pegi), SK Kepas, SMKA Falahiah & CFS IIUM.

Berbagai kenangan ada tersimpan kukuh dlm memori;
-dipanggil face-to-face kerana BM xbrape elok, 

-kena pukul dgn pembaris panjang, 

-kena 'kutey' perut sbb xingat sifir, 

-kena brdiri d luar kelas sbb xsiap repot Sains, 

-kena marah sebab tido dalam kelas (erkkk) 
&
banyak lagi laaaa...

Juga selamat hari guru kepada my father & mother, my eldest brother & his wife jgk my sister Rozack... hahaha

14 May 2011

Kembara Suka-suki (6th & 7th day)

6th day

pagi yg indah
yg ada kelas, ke kelas
yg xde kelas, buat kerja sdiri
hahaha
Al-Qassam cbuk ngn studinya

pagi yg hepi cket sbb Encik 'Ain kata nk dtg jmpa kami2 smua
ada ssuatu yg mmbelenggu diri & fikirannya
ecece
dtg utk jmpa & borak2 stlh lama xjmpa
masa 3rd day ari 2 dia ada jnji nk dtg tp xdtg gak
smpai aku kol umi dia tp x berangkat
rupa2nya ada 'komiti' pengsan
hahaha

sblh petangnya ada psr malam kt cni
ape lagiii
ramai2 pakat pegi dgn kreta Ecad
hahaha
tmbah Encik 'Ain plak sorg lagi
riuh rendah la jdinye
(jnge deki Asyraf Suhaimi deh)
yg sedihnya, mlm 2 jgk dia nk balik

lps isyak, dia btolak pulang sorg2
hasil pmrhatian kami: ada 2 bnda yg berubah pada Encik 'Ain
hahaha
Al-Qassam dipaksa studi oleh kami
lps studi bru bleh wt xtvt yg dia suka

11 May 2011

Kembara Suka-suki (4th & 5th day)


4th day

alhamdulillah...
pagi yg indah tp sdikit 'muram'
sbb Al-Qassam dah kena balik ke PJ
dia ada kelas plak (last classs for this sem)
aku 'hambat' dia balik
mjur ada Irsyad yg baek hati stuju nk hntr dia ke UIAPJ
hahaha

sedang semua pghuni bilik nie 'collapse',
sorg senior d UIA Gmbak ajak kuar p cari hadiah utk his mom
alang2 xde keje baek terima je pelawaan 2 kannn...
naek bas terus ke Pasar Seni from Gombak...
hehehe

lps dah jmpa kedai cenderahati & siap mmbuat tempahan,
pergi plak ke Times Square smntara mnuggu tmpahan 2 siap
dua plan xbrjaya dilaksanakan d TS
sbb mgmbil kira wktu mgrib, isyak & nk pulang ke Gmbak plak
kalau ada kesempatan laen kali la KOT...
hahaha
(hok tahu gapo dio, jnge oyak kokre laen 2... huhuhu)

smpai kt stsen LRT Gmbak, kami ambik teksi utk ke UIA
dkt pintu pagar, pkgad nk tngok jgk kad matrik
aku tnjuk yg 'dia' punye
'dicuri' smsa 'dia' 'collapse'
hahaha
(prkara baik 2, jgn tiru)

09 May 2011

Kembara Suka-suki (2nd & 3rd day)


2nd day
brkesempatan menemani bro ke ofis
tlong dia 'mengemas' fail
xla tolong sgt, g on9 jer
bro yg buat bnyk keje
ditemani Madam Nalini Nair (indian mother tp aku xthu keje dia apa kt c2)
hahaha
gud person & rajim

tyme diorg buat keje, aku duk buat air
utk aku sorg jer sbb diorg dah wt sdiri
air KURANG MANIS
hahaha

kul 10am-4pm d ofis
lps 2 ke Midvalley ngn 3org bro
dpt dah apa yg dicari 2
wlpn sedikit mahal
hahaha
berakhir dgn tidur awl mlm 2 dgn exhausted & 'jem kreng'



3rd day
pagi2 lg p hntr Prof ke KL Sentral
and then terus ke Taman Tasik Perdana utk joging
'bnyak' round jgk laaa... (erkk)
hahaha
ramai chinese jer yg joging
ada chinese brtongkat yg joging, lps abis joging, dia brtongkat balik
hah???!!!!
then, balik utk brkemas & brsiap2 utk ke destinasi strusnya

07 May 2011

Kembara Suka-suki (1st day)

salam & alhamdulillah

Kembara Suka-suki
diberi kesempatan utk 'jalan2' dlm musim cuti
cuti msih berbaki 4bulan lagi (wowwwww)
agendanya:
-nk ambik transkrip
-nk jmpa Al-Qassam
-lain2

1st day:
my pren (lelaki), Jali a.k.a. Rokiah bt Ismail (bukan nama sebenar)
ajak g teman dia & kak nye ke Kajang
sbb kak dia ada interview
letih 'bedooh' la duk maen jalan2 sbb sume xknl area 2, anep ada sekali
Bandar Teknologi Kajang, tp entoh lerrrr

sblm pulang, ada org blanja kami sate kajang kt stadium kajang 2...
xleh nk makan bnyak, 'tak lalu' makan
hahaha

------------------------------

aku brpisah dgn anep, jali & kak nye d Pasar Seni lps solat maghrib
utk naek LRT ke Kerinchi, then sumone akan ambik kt sane
duk brmesej dlm LRT sbb boring sorang2 kan
lps bls msj sorg kawan 2, enset PADAM
MAMPUS sbb xde bateri
alamakkk
sorg2 plak 2
"xpe, kt stesen lps nie ada public fon KOT"
alang2 xde duet syiling, beli air terus
tgok2, public fon ROSAKKKK
arghhhh

04 May 2011

Osama bin Laden mati???!!! Apa Kata Tok Guru..

from: Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 3 Mei: “Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) dalam satu kenyataan.

Tambahnya, itulah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya.

Menurutnya, sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam.

Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.

Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.

Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas.

Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.

29 April 2011

...Hari Jumaat...




Hari Jumaat, Hari Mulia
oleh: Abu Usamah Mohd Masri
sumber: iLuvIslam, Facebook


Sabda Nabi SAW: “Hari terbaik yang memancarkan sinar mataharinya ialah hari Jumaat. Padanya diciptakan Adam AS, padanya dimasukkan dia ke dalam syurga dan padanya dikeluarkan dia darinya. Dan tidak akan berlaku hari Kiamat kecuali pada hari Jumaat.” (Sahih Muslim: 854 )

Sunnah-sunnah di hari Jumaat

1)-Mandi dan berwangi-wangian (lelaki sahaja). Rasulullah SAW berkata: “Mandi pada hari Jumaat itu wajib bagi setiap orang yang sudah baligh. Hendaklah dia menggosok gigi dan memakai wangian jika mempunyainya.” (Sahih, al-Bukhari:880, Muslim:846)


2)-Membanyakkan selawat kepada Rasulullah SAW. Kata Nabi SAW: “Sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat keatas ku pada hari tersebut. Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku.” (Sahih, Abu Daud:1047, disahihkan oleh al-Arnaouth)


3)-Membanyakkan berdoa terutama diakhir waktu asar. “Pada hari Jumaat terdapat dua belas jam, pada waktu itu tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Dia akan mengabulkannya. Oleh itu, carilah ia diakhir waktu setelas asar.” (Sahih, Abu Daud: 1048, di sahihkan oleh al-Hakim, adz-Dzahabi, an-Nawawi dan al-Albani)


4)-Membaca surah al-Kahfi. Rasulullah SAW berkata: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (Sahih, al-Hakim:3392, disahihkan oleh al-Albani)


5)-Berjalan kaki dan bersegera ke masjid. Kata Nabi SAW: “Sesiapa yang memandikan atau mandi pada hari Jumaat, kemudian bersegera dengan berjalan kaki, tidak menaiki kenderaan, dan mendatangi imam lalu mendengar (khutbah) dan tidak bermain-main, maka adalah baginya setiap langkah (bersamaan) amalan puasa dan solat selama setahun.” (Sahih:Sunan Abi Daud: 345, al-Albani mensahihkannya)

26 April 2011

Memilih Sahabat Yang Baik Bukan Senang !!!



Teringat akan isi ceramah seorang ustaz...
"Kita menjadi manusia dek kerana kita ada 2 ways of communication dengan manusia sekeliling..."
aku terfikir, betul la apa yg ustaz tu kata... kita adalah manusia bila kita berperwatakan manusia, yg mana mnusia saling memerlukan antara satu sama laen....
so, nak tak nak kita kena ada komunikasi dengan orang ramai...


contoh mudah: cerita Tarzan.... huhuhu
si Tarzan, manusia yg hidup dalam hutan sejak kecil lagi (kena buang masa baby ke hape??!!! erk) bila dia pergi ke bandar, orang tak boleh terima dia sebagai manusia... dia tak pandai pegang sudu, tak boleh berjalan dgn betul, tak makan nasi (KFC makan kot... hahha)... Tarzan tak berkomunikasi dgn manusia dalam masa yg agak lama hingga nak bertutur kata pun macam tak reti dah. So, disebabkan dia dah lama tak contact dgn manusia, dia dianggap seperti 'bukan manusia'... betul ape...


same as us laa...
kalau kita xnak berkawan @ xsuka brkawan, kitalah Tarzan...
hehehe
anyway, nak brkawan pun biar pndai cari kann
jngn maen 'tangkap muat' jer sape2 yg kita jmpa
kena pilih jgk laaa

bukannye kata xboleh brkawan dgn 'budak nakal'...
boleh ajaa tapi diri kita kena 'kuat'...
tkot nnti terikut2 plak kan...
"aku nak brkawan ngn sume org..."
silakan, itu lagi baek...
kena 'kuat', baru bleh 'lawan'

17 April 2011

Cerpen: Ayah Saya 'Abdullah'...

Di hari pertama persekolahan sesi 2011, kelas yang pertama, cikgu yang pertama masuk kelas iaitu Sir Mohamad, guru kelas.


"Bila saya panggil nama, angkat tangan yer, untuk check betul ke tak awak kelas nie", kata guru baru tersebut.
"Syed Mohd Hafiz b Syed Ali?"
"Saya, cikgu"

"Wan Amirul Zariff b Wan Zin?"
"Saya di sini, cikgu"

"Mohamad Faizol?"
(tiada yang menyahut)
"Mohamad Faizol tak masuk kelas lagi ker nie?"
(tiada yang menjawab, tiada yang kenal)
"Emmm... xpe lah."

"Siti Salwa bt Awang?", sambung Sir Mohamad lagi.
"Adaa"

"Akhir sekali, Nur Nasuha bt Mat Jusoh?"
"Dia kat luar kelas cikgu, duk nangis tak nak masuk kelas", kata Fatin Fauzana bt Mokhjamil.

"Xpe2, siapa yang namanya tak dipanggil?", tanya Sir.

Seorang budak lelaki, agak 'jambu' rupa parasnya mengangkat tangan dan berdiri.
"Siapa nama awak?"
"Mohamad Faizol b ABDULLAH", jawabnya sambil tersipu-sipu malu dek kerana 'ditonton' rakan-rakan sekelasnya. Senyumnya menampakkan barisan gigi yang tersusun cantik dengan lirikan meow-like eyes.
"Ooo... nama ayah awak tertinggal nie"


**************


Pada hemat Sir Mohamad, Faizol seorang budak yang peramah & hormat akan orang lain kerana dia tak banyak bercakap dalam kelas, tak buat bising macam pelajar-pelajar lain hatta kalau nak minum air dalam kelas pun dia minta izin terlebih dahulu. Banyak lagi lah bukti mahmudahnya si Faizol nie. Itu pemerhatian sepanjang 2 hari Sir Mohamad menjadi guru kelas 1Bestari.


14 April 2011

Amar - Melodi Bersama...

Title: Melodi Bersama
By: Amar

Duhai kekanda usah membisu
Mengapakah bersedih
Duhai kekanda ku rasa sayu
Mengapa kau begitu
Dinihari petang menanti
Ku kesepian...

Duhai adik kau tak mengerti
Mengapaku begini
Ku kenangkan kisah silam
Memori indah bersama
Apakah saat itu mungkin berulang
Ku harap saat itu akan berulang...

Kiasan hidup ibarat roda
Kekadang di atas di bawah
Di atas semula
Redha dan syukur apa kehendaknya
Itulah tanda kasih sayang kita...

Tutur katamu itu penuh bermakna
Kini hilanglah kerinduan di jiwa
Wahai kekanda tenangnya di hatiku
Melihat wajahmu kembali ceria...

11 April 2011

Lelaki Soleh Menurut Acuan Islam...




Sentiasa taat & patuh kepada Allah S.W.T dan Rasullullah S.A.W.


Al-Quran menjadi panduan hidup.


Jihad Fisabilillah adalah jalan hidup.


Mati syahid adalah cita-cita yang tertinggi.


Mardhotillah matlamat hidupnya.


Sabar dalam menghadapi ujian dan cubaan dari Allah S.W.T.


Akhirat menjadi tujuan utama hidup.


Sangat takut kepada ujian Allah S.W.T dan ancamannya.


Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.


Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.

06 April 2011

Cuba sebut, "Cukup"...

hahaha

apa jenis tajuk nie???!!!

macam nak ajar orang ABC jer kan...

aaa... memang pun

aku nak ajar diri aku & kawan2ku supaya sentiasa ingat perkataan "CUKUP"...

kenapa pulak???!!!

manusia nie spesis yg x puas dengan apa yg diorg ade...

dah ade Proton Wira, nak ambik Vellfire... 
wowww!!!!

dah ada EX5, nak tukar 'Ninja'...
perthhhh!!!!!!!





limaza a.k.a why???

becoz xpernah rasa cukup ngan apa yg ade...

kalau mampu sekalipun, usah dibazirkan wang anda...

kalau x mampu??? berpada-padalah dgn apa yg anda sudah miliki..



Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat dzalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).
(surah Ibrahim, 14:34)


kadang-kadang, kita berdoa kepada ALLAH swt
supaya dia beri kt kita kesehatan
tiba-tiba, kita jatuh sakit...
kita mntk jgk supaya diberi kesenangan & kelapangan
tapi kita dapat susah & sebuk...
kenapa??!!!!

02 April 2011

Lelaki Cantik & Wanita Gagah!!!

KECANTIKAN LELAKI

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.
Lelaki yang cantik adalah: -

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran

3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada

5) Lelaki yang baik sangka

6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.



KEGAGAHAN WANITA

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah: -

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

27 March 2011

Kerna Kita adalah 'Aku' (Part 6)


semasa exam EPT @ ENGLISH lvl 6 (xingat daa), ad sorang madam @ miss yg duk perhatikn aku
jd rimas aku nk jwb exam... erk
"Pelik nyo laa... nok kato kenal aku, aku x kenal pn dio nie sapo", fikirku sorang2
umo dia mgkin around 25-30 kot...
(tp aku x prasan sorg2 yer... xminat eh 'org tua'... hahaha)
abes exam, lega sangat2...

prnah sekali lepas insiden 2, aku jalan sorang2 kt ngn dewan
trserempak ngan madam @ miss yg sama...
x kan aku nk tegur, aku x kenal pn dia...
x prnah brcakap spatah pn...
so, buat xthu jer la...
i dont' know u, u don't know me laaa katakan...


2 3 ari lepas 2, si wafiy & 'dia' on9 fb...
mereka jd friends miss @ madam xdi...
siap ada bgambar skali lg
rupa2nya yg 2 adalah miss yg ajar 'dia' ENGLISH lvl 6 smsa sem 1 09/10
aku lvl  6 smsa sem 2 09/10
mgkin miss 2 ingat 'dia' repeat ENGLISH kot...
hahaha
si wafiy chatting ngan miss xdi dlm fb
katanya, "'dia' x tgur miss klau jmpa, sombong"
masa duk chatting 2, aku & 'dia' ada skali
trbongkarlah siapa sbenrnya miss nie...
"eh, miss nie la hok duk tngok2 ktku maso exam dlu... aku ingt ko sapo, miss mu"
"pade muko, dio kato mu smbong", kataku kpd 'dia'


26 March 2011

Baji - Ayah, Ibu, Anak

download here:





Title: Ayah Ibu Anak

by: Baji


Rarare rare rare ra
Rarare rare rare ra
Rarare rara rera rara rare rara

Janganlah engkau menangis lagi
Yakinkan amal ibu di sisi
Wahai intan seluruh warga
Hadirmu membawa seribu warna


Kini kau lupakan ibu
Lupakan juga ayahmu
Mengapa kau begitu
Setelah sinar kau ketemu


Tidakkah kau kasihan
Ibumu sendirian

Di sini bukan syurga
Patut kau campakkan

Ayah, ayah jerit kecilmu
Setia bersila di bendul pintumu
Tangis tawa bukanlah duka
Jadi ingatan mengusik jiwa

Rarare rare rare ra
Rarare rare rare ra
Rarare rara rera rara rare rara

***************************************************


jadi lah anak yg soleh yg bisa mndoakn ibu bapa mrka... 
(atah kito bbena, nok ko xse jjadi)

nnti dah keje 2, ingt kt umah jgk yer...
femili semua nya jngan lupe...

20 March 2011

Jangan Patah Semangat!!!


Manusia sifatnya lemah

Allah swt jua yang Maha Kuat

Tiada yg lain selainNya



Nikmat yg DIA bagi, alhamdulillah...

Kalau ujian mendatang, usah cepat patah semangat...

Tidak DIA bebankan hambaNya melainkan atas kemampuan

Ujian itu penghapus dosa,

peneguh iman,

hanya hamba yang terpilih dapat merasainya...

bertuahlah kita andai kita yg ditimpa ujian kerna kita adalah 'The Chosen One'
(hohoho... mcm dpt jadi 'Otromen 7' plak)


tidak berjayanya kita hari ini

membuka jalan alternatif baru untuk kejayaan pada esok hari

lupakan 'result' lama

hidupkan semangat belajar yg baru dlm diri kita

terus hayunkan buku, jangan surut langkah

terus gerakkan pena, jangan henti menulis

terus top-up usaha, jangan rebah di tengah jalan

yeaaaahhhhhhhhh!!!!!!! anda boleh...



14 March 2011

Aku Pinta padaMu....


Ya Allah... aku brmunajat kpdMu atas bbrapa prkara:



  DUSTA  

janganlah Kau jadikan lidahku lancar sahaja apabila ingin brdusta,

bnyak sahaja buah fikiran utk menipu org laen,

tidak malu denganMU & mnusia skeliling dlm tutur kataku


jadikanlah lidahku kelu ketika mana aku trlintas utk brdusta,

jiwaku kacau memikirkanMU Yang Maha Mengetahui

mulutku trkunci seketika utk brbicara


jadikanlah aku mnusia yg benci akn sifat dusta

jadikanlah aku mnusia yg suka brckp benar & membenarkan apa yg benar

jadikanlah aku mnusia yg ikhlas & jujur dlm brkata2




  EGO  

janganlah kau ciptakan al-Kibr dlm hatiku wlau sebesar zarah

suka memperkecilkan org laen & memandang rendah kpd mereka

menganggap diriku lbih brilmu, lbih faham, lbih amal & lbih pngorbanan dri org laen

tidak mengiktiraf kelebihan yg org laen ada


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...