17 April 2011

Cerpen: Ayah Saya 'Abdullah'...

Di hari pertama persekolahan sesi 2011, kelas yang pertama, cikgu yang pertama masuk kelas iaitu Sir Mohamad, guru kelas.


"Bila saya panggil nama, angkat tangan yer, untuk check betul ke tak awak kelas nie", kata guru baru tersebut.
"Syed Mohd Hafiz b Syed Ali?"
"Saya, cikgu"

"Wan Amirul Zariff b Wan Zin?"
"Saya di sini, cikgu"

"Mohamad Faizol?"
(tiada yang menyahut)
"Mohamad Faizol tak masuk kelas lagi ker nie?"
(tiada yang menjawab, tiada yang kenal)
"Emmm... xpe lah."

"Siti Salwa bt Awang?", sambung Sir Mohamad lagi.
"Adaa"

"Akhir sekali, Nur Nasuha bt Mat Jusoh?"
"Dia kat luar kelas cikgu, duk nangis tak nak masuk kelas", kata Fatin Fauzana bt Mokhjamil.

"Xpe2, siapa yang namanya tak dipanggil?", tanya Sir.

Seorang budak lelaki, agak 'jambu' rupa parasnya mengangkat tangan dan berdiri.
"Siapa nama awak?"
"Mohamad Faizol b ABDULLAH", jawabnya sambil tersipu-sipu malu dek kerana 'ditonton' rakan-rakan sekelasnya. Senyumnya menampakkan barisan gigi yang tersusun cantik dengan lirikan meow-like eyes.
"Ooo... nama ayah awak tertinggal nie"


**************


Pada hemat Sir Mohamad, Faizol seorang budak yang peramah & hormat akan orang lain kerana dia tak banyak bercakap dalam kelas, tak buat bising macam pelajar-pelajar lain hatta kalau nak minum air dalam kelas pun dia minta izin terlebih dahulu. Banyak lagi lah bukti mahmudahnya si Faizol nie. Itu pemerhatian sepanjang 2 hari Sir Mohamad menjadi guru kelas 1Bestari.




Pernah berlaku 'pergaduhan' dalam kelas pada hari 1st, Faizol lah yang menjadi penenteram & penyejuk 'fighters' yang ada. Kalau tak, pasti ada yang menangis, meraung tak tentu pasal.


Apa yang lebih mengkagumkan cikgu 20-an itu adalah kerana dia tak pernah melihat kerut sedih, duka @ marah pada wajah Faizol. Menangis pun tak pernah walau sekali, sentiasa tampak cekal & tabah. Mudah katanya, Faizol adalah happy go lucky person. Teringin sekali Sir Mohamad menjadi sepertinya.



**************


"Cikgu, tolong tengok-tengokkan Faizol nie yer. Kalau dia nakal, bagitahu makcik.", pinta 'ibu'nya seriously.

"Alahai.. makcik. Faizol nie baik sangat dah. Tak pernah bagi masalah kat saya.", balas Sir.

"Makcik bukan ape... Faizol nie tinggal jauh dari emaknya... Cakap jer nak bagitahu nakalnya tu kat mak dia, terus menikus budak tu. Takut.", kata makcik yang dalam lingkungan umur 50-an itu.

"Oooo... tak pe makcik. Setakat nie no problem.", kata Sir.

Kalau 'ibu' nie bukan ibunya, siapa makcik nie? Siapa ibunya? Terus-menerus persoalan itu menikam benak Sir Mohamad.

"Akanku cari jawapannya," Sir membulat tekad.


**************


Selepas seminggu menjadi guru kelas, Sir Mohamad kena siapkan rekod peribadi murid-murid kelasnya. Dek kerana sekolah yang di luar bandar, penggunaan database kurang meluas. Komputer pun mujur ada. Selaku guru kelas, apa-apa info muridnya boleh dia access untuk dia rekodkan. Terdetik di hatinya untuk explore fail 'budak baik Faizol' sebelum yang lain-lainnya.


Tertera di muka depan fail nama 'MOHAMAD FAIZOL'. Dibukanya fail itu.

"Hah.. jumpa pun BC budak nie", getus hatinya. Ditiliknya sijil lahir itu dengan teliti, suddenly terhenti di perkataan "TIDAK DAPAT DIKESAN"...

"Ya Allah, budak nie 'tiada ayah'...!!!" Terduduk Sir Mohamad mengenangkan nasib Mohamad Faizol b 'ABDULLAH'. 'Empangan mata'nya pecah tanpa disedari. Speechless. Cepat-cepat disapunya 'mutiara jernih' sebelum dilihat cikgu-cikgu lain.


**************


Tahulah Sir Mohamad akan siapa 'ABDULLAH' dan siapa 'ibu'nya. Rupa-rupanya 'ibu' yang berpesan kepada Sir Mohamad adalah penjaga kepada Faizol. Tiada pertalian darah antara keduanya. Sudah lebih 5 tahun Faizol tinggal dengan penjaganya. Ibunya sekarang berada di salah sebuah negeri di semenanjung Malaysia dan pulang berjumpa Faizol jarang-jarang sekali.


Setiap kali penjaganya mendapat borang untuk diisi, seumpama borang SPBT, tak pernah dia lupa untuk letakkan 'ABDULLAH' selepas MOHAMAD FAIZOL. Setiap kali itu jugalah Sir Mohamad akan 'hujan' tatkala melihat borangnya. Tiada lagi kata yang mampu diucap, hanya mampu berdoa supaya Faizol menjadi anak soleh.


Hari ini, si Faizol baru brumur 7 tahun & ayahnya brnama 'Hamba Allah' (stkt yg dia thu)... apa status ayahnya yg diberitahu oleh ibu kandungnya? dead or alive? Wallahua'lam. Mcm mana 10 tahun akan datang,  adakah kekal nama 'Hamba Allah' & status ayahnya pada pengetahuannya atau mugkin Faizol akan cuba membongkar identiti sebenar dirinya...


Seorang budak kecil yang tak pernah dapat kasih & sayang seorang ayah kandung... Apa sebenarnya yg blaku kpd Faizol??!!! Sir Mohamad pun tak tahu.






amacam...? do u think that this is a real story?

hehehe





Dan orang-orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.
(surah al-Furqan, 25:74)


"Ya Allah, aku memohon dariMu, anugerahkanlah kami isteri-isteri & zuriat-zuriat kami yang mana mereka bisa menjadi penyejuk bagi setiap mata yang memandang. Aku mohon padaMu supaya Kau jauhkanlah kami & keturunan kami dari dosa besar zina & yang membawa ke arahnya. Jadikanlah akhlak mahmudah itu sebagai perhiasan bagi kami & taqwa yang mengatasi segalanya"








p/s: segala nama-nama yg ada kt dlm crpen aku 2 adlh rekaan semata-mata, xde kena-mengena dgn yg idup @ yg tlh mninggl dunia... (kalau nama anda trmsuk dlm 2, maaf1000x)... huhuhu

12 ulasan:

faiqah rosli said...

mu jd cikgu ko cuti lamo ni?

srikandi ISLAM said...

menarik..

itulah realiti hari ini..

dan akan datang, we never know..

mungkin anak yang mcm Faizol tu bersepah-sepah..

nauzubillah

fahmi said...

faeqoh: hahahaa.. dok eh... sbb mu tnyo gi2, aku tuka doh la namo 'sir' 2... tteko, cito sungguh ko dok?

sI: na'uzubillah... agok2 nie cito sungguh ko khayalan smato2???

Anonymous said...

"wahai org beriman, peliharalah dirimu & ahli keluargamu dari api neraka....." bimbinglah kami Ya Rabb,,

kaAka said...

inilah dunia realiti kini...
dulu mgkin khayalan tp skrg dh jd reality....xprnh ker mereka tpikir smue ini sblm buat bnda2 tkutuk nh???

fahmi said...

>> anonymous: smoga kita terjaga... btw, letak ler nama sdiri laen kali yer... aku (baca = ana @ saya) akn approve nye klau komen2 yg ok...

>> kaAka: dunia ari nie... moga2 kita dijauhkan dr mnjadi sprti ini...

srikandi ISLAM said...

sungguh ko khayalan tu bukey persoalannya..

yang pasti bendo ni tok mustahil,kalu tgk ko masyarakat jame loni ni..

fahmi said...

yer la... dats rite...

nur aisya humaira said...

da abis ke cerpennye??tapi tu laa realiti skang kan??byk sgt da bdk2 macam tu...
teruk daa masyarakt skang...:(

fahmi said...

i2 sahaja cerpennya... skdr nk menceritakan kondisi komuniti kita...

to all: aku (baca: ana, saya @ ambo) tulis & tmbah cket2 brdsrkan citer sorg budak kt skolah rndah my mom...

faiqah rosli said...

aku rs mcm cito sgguh jah, pahtu aku rs mcm mu mmg jd ckgu jah dlm cito ni. sbb nm mohamad pun nm mu jgk, haha

fahmi said...

paeqoh:
mok aku cito psl bdk kls dio, aku pn trdetik nk buh dale blog...
ad sstngh meme hok mok aku cito, ado hok aku tmboh2...
cerpen mesti la keno 'lebat' kea...

aku xjadi cikgu la weii...
xssuai nge aku kot...
duk dumoh jah kito..
hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...