22 December 2010

Akhlak Sebagai Anak

“Huuuuh...” Ibu tua itu mengeluh panjang. Sekali lagi. Keluhan berat dilepaskan si ibu sejurus selepas bayang-bayang si anak mula luput dari pandangannya. Ditenungnya susuk tubuh anaknya itu sehingga ghaib menghilang bersama kawan-kawannya.

Kenapakah??!!!

Anak kesayangannya yang dikandung lebih 9 bulan sekali lagi pergi meninggalkan rumah. Ke mana agaknya hala tuju si anak perempuan itu? “Nak pergi program Islam bu, boleh kan..”, pujuk si anak, lembut sambil membuat mimik muka manjanya.

Peliknya!!! Kenapa ada ibu yang mengeluh bila anaknya ingin ke program agama???

“Bukan ibu tak nak bagi dik, tapi dah banyak kali adik keluar rumah. Masuk kali nie dah kali ke-3 dalam minggu nie saje. Belum kira yang minggu-minggu sebelumnya lagi..”, jelas ibu kepada anaknya dengan nada lembut. Si anak menganggap itu adalah ‘lampu hijau’ dari ibunya, mungkin dia kurang mengerti isi hati tersirat di sebalik ucapan ibunya. Masih mentah mentaliti anak itu mungkin.

Siti @ nama penuhnya Siti Fatimah bt Mat Zin sememangnya dikenali sebagai wanita solehah dalam kalangan kawannya. Mengikuti ceramah-ceramah agama, forum perdana, kem-kem ibadah & yang sewaktu dengannya sudah menjadi rutin baginya. Di mana ada proram, di situ ada Siti. Di mana ada Siti, pasti di situ ada program agama.

Siti pulang ke rumah, hampir-hampir maghrib waktunya. Memang jelas terlihat butir-butir keletihan di wajah Siti, pucat seperti mayat. Dizahirkan keletihannya kepada ibu tersayang, “Bu, Siti naik berehat dulu... Siti capet bu...”, kata Siti. Sudah biasa Siti berceloteh dengan ibunya dalam bahasa asing kerana itu tanda kemesraan mereka, penguat hubungan pengikat kasih.

******************** 

Ibunya sudah boleh dikategorikan sebagai golongan emas, namun acapkali dia enggan mengakuinya. “Ibu masih kuat dik, boleh buat kerja lagi. Cakap jer kerja apa yang adik boleh buat, ibu juga boleh buat sama macam adik, tidak ada kurangnya walau sedikit. Umur kita jer yang berbeza, tapi kudrat sama kuat”, pandai ibu berhelah depan adik.

Ibu sentiasa sahaja melakukan kerja-kerja rumah, tapi adik..... amat jarang membantu ibu sendiri. Tapi program-program Islam tidak pernah missed walau sekali. Alangkah aneh kelakuan adik Siti. Sudah beberapa kali sikap Siti ini ditegur oleh kawan rapatnya, Rozana.

***********************THE END***********************

Apa kata ...~~Menjadi Diriku~~...:

Anak yang baik, tidak menambah beban yang sudah ada kepada ibu bapanya. Secara mudahnya, tidak kira parti apa yang anaknya sokong, ibu bapa hanya mengharapkan supaya anaknya adalah ‘orang’ & boleh mendoakan mereka hari ini dan esoknya. Kalaulah kamu penyokong parti 1Malaysia tapi suka bantu mereka, solat tak tinggal, puasa tak ‘yuk-yuk’ & baek sahaja tingkahnya lebih ibu bapa kamu sukai daripada penyokong Kepimpinan Ulama' tapi kutu rayau, tak solat, malas membantu di rumah. Jadilah anda orang yang sebenarnya dengan berakhlak baik, jangan jadi hantu pari @ pocong @ zombi kampung pisang. Hehehe 


p/s: hak cipta aku... 1st time mencoret cerita nie. Sila bagi komen yang membina, komen meruntuhkan pun takpa..

1 ulasan:

fairuspeng said...

Semua cerita yang baik...
bahasa tak nak komen..
nanti lepas ni tak nk tulis dah...

tapi apakah penyelesaian...
sekadar membentangkan masalah bukan satu karya yang baik...hehehe
mungkin boleh sambung dengan episod seterusnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...