20 January 2011

Novel: 1511H [KOMBAT]

salam semua... sekadar nk berkongsi novel yg telah dibaca... uihhh, nie novel yg 1st kot sempat dihabiskan betul-betul... yg laen, berhenti sekerat jalan tanpa berita, ada yg stat baca d muka surat belakang dah... adoiiiii... tapi, aku bukan 'hantu novel'... hahaha


>>>cover novel nie...


1511H [KOMBAT] karya Faisal Tehrani ini telah dinobatkan sebagai pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2003 dalam kategori novel remaja...


Novel Islamik ini mengisahkan tentang sekumpulan pejuang Islam yang akan mempertahankan Makkah, Madinah & Jazirah Arab daripada serangan gila US. Kesemua  mereka adalah insan yang terpilih dari ceruk dunia yang berbeza, latar belakang mereka juga berbeza. Tentera-tentera Islam juga kesemuanya bukan calang-calang orang, hebat akidah, hebat ibadah... Mudahnya, mereka ini adalah REMAJA-REMAJA yang sudah mencapai kesemua 10 Muwassofat Tarbiyyah. Apa yang menariknya penceritaan dalam novel nie, ummat Islam sudah mempunyai kesedaran & kesanggupan berjuang untuk agama. Juga persiapan yang mereka buat untuk menghadapi peperangan, bukannya baru hari nie persediaan itu dibuat tapi daa bertahun-tahun lamanya... Komunikasi antara mereka sudah tidak menggunakan henset Nokia 5130c-2, yahoo mail, gmail & sebagainya tetapi melalui komunikasi minda (seleps dimasukkan cip).
Kelengkapan perang mereka juga sangat unik & meng'gempak'kan kamu yg membaca...
-cyborg: tentera g dimasukkan cip
-cypher: pesawat risikan yg kecil
-igla dan buk
-sarcos
dan banyak lagi... nak tahu??? baca sendiri... hehehe


Watak-watak penting:
-Jeneral Syarifah Nusaybah Syed Abdullah (The Cyborg Lady, 63 tahun)
-Komander Syed Habib Syed Mohamad (22 tahun, strategis perang)

-Komander Muhammad Ameen (19 tahun, pengawal Makkah, Kuala Lumpur)
-Komander Emrulllah Ozer (22 tahun, penjaga Madinah)
-Komander Syarifah Zinnera Syed Mohamad (20tahun, saintis perang)
-Komander Salim Badar (awal 30-an, ketua risikan)
-Komander Abdullah Abu Tholib (22tahun, dari Yaman)
-Komander Mohammad Abbas (25tahun, jurutera senjata)
-Komander Ali Halimah (18tahun, pakar komputer d pusat kawalan)
-Komander Bilal Kaya (21 tahun, jurucakap)
-Komander Abu Bakar Ahmed (23tahun, dari Cameroon)
-Komander Imraan Abdul Aziz (34tahun, peguam)


'palo halian' dalam novel nie:
Presiden US, Richard Nosirname
-dia yg bertanggungjawab memberi arahan untuk memusnahkan Makkah & Madinah
-menang pilihanraya Presiden US dengan taktik kotor




Hajah Nusaybah sudah bermimpi tentang akan adanya lahirnya Komander Muhammad Ameen nie 25 tahun dahulu, maknanya sebelum Muhammad Ameen dilahirkan lagi... Muhammad Ameen adalah 'the chosen one', sangat bagus latar belakangnya...


"Ana bermimpi bahawa ana memimpin sejumlah tentera untuk menentang pasukan yang datang dengan kereta kebal luar biasa untuk memusnahkan Baitullah Kaabah yng mulia", kata Muhammad Ameen.


kesemua mereka nie (kecuali Presiden Nosirname) umpama 'weapon of mass destruction'...




"Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan)"
(surah al-Anfal, 8:60)




p/s: sesape yg rasa 'ttekke', 'down' @ 'nak berehat' dipersilakan baca buku nie... sangat bagus untuk memberi motivasi & semangat kepada kamu...

1 ulasan:

fahmi mat zin said...

trimas kpd encik MOHD FAIRUS BIN ZAINAL ABIDIN sbb wi pnjam buku nie... brapo bule doh xthu duk nge sy neh... huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...