SELAMAT TAHUN BARU 2011
Masih belum terlambat rasanya untuk aku ucapkan selamat tahun baru kepada semua yang mengenaliku tidak kira di mana anda berada (Mesir, UIA, Falahiah & sebagainya)...
Datangnya tahun baru ini mampu mendatangkan satu anjakan paradigma kepada kita semua hendaknya. "Apa azam tahun baru?", soalan yang biasa ditanya bila tiba tahun baru. TV1, TV2, TV3 n so on juga ada berbicara tentang azam tahun baru.
Kedatangan tahun baru tidak boleh dihalang, tidak boleh disekat & tidak boleh diminta tangguh kerana ia perkara yang di luar bidang kuasa manusia. Mudah katanya, datang tanpa diundang @ makan tanpa dijemput...
Nak carry azam tahun lepas yang tak tertunai ke tahun ini???!!!
Bagi aku, tidak menjadi masalah. Bukan bermakna kita telah gagal mencapai azam & kena cari azam baru. Tak semestinya begitu. Bawa azam yang tak tercapai ke tahun baru & ditambah dengan azam baru yang lain, x susah kan???
Harapnya, kedatangan tahun baru memberi sinar yang baru kepada hidup kita. Perubahan ke arah positif & lebih baik perlu difikirkan oleh kita selaku 'orang bergerak'.
Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.
(Ar-Ra'd:11)
0 ulasan:
Post a Comment