03 February 2012

Realiti Lebih Indah Daripada Mimpi!



"Arghhh, fail 1 subjek la pulak! Aduss, memang susah la nanti next sem, nak blajar sbjek lain + sbjek yg fail tu..."
Selepas beberapa ketika, dia tersedar. Keliru. "Bukankah tadi aku dapat tahu result? Pehal ni dok atas katil plak?", getus hatinya. "Ahhh rupa-rupanya aku bermimpi". Namun, mimpi itu kerap kali mendatangkan resah gelisah padanya apabila diulang ingat.


Mimpi yg hadir 4 @ 5 hari sebelum result exam keluar tidak dapat tidak membuatkan dia terganggu. Apakah mimpi itu petunjuk yg benar bahawa dia sememangnya fail? Apakah mimpi itu sekadar 'mengetuk jendela' dek kerana terlalu memikirkannya? Namun, mimpi itu masih kekal mimpi.


Pada hari result benar-benar keluar, sangat mendebarkan. Meruntuhkan jiwa yg tenang. Dia mengambil keputusan utk tidak check lagi dan membiarkan dahulu ianya membeku dalam student portal. Sehari selepas itu, dia minta tolong kawannya utk check. Matric no. & password turut diberi.



First thing yg dia sangat nak tahu adalah, "Aku ada fail ke tak?" Then, kalu teruk, nanti aku tgok sndiri", ujarnya. Namun, respon positif yang kawannya beri, "Xde la teruk sangat dan takde fail pun, semua lulus". "Alhamdulillah, ok2 habaq mai result aku", kata dia. Kawannya mesej subjek, gred & CGPA 1st sem nya.


Alangkah gembiranya tiada subjek fail. Alangkah hepinya mimpi itu bukan realiti. Alangkah bertuahnya dia kerana Allah swt jadikan 2 subjek itu C+ dan bukannya FAIL. Untuk siapa seharusnya syukur ini? Pastinya untuk Dia yang memberi. Dengan siapa kegembiraan ini akan dikongsi?


Dia kembali utk sem baru dengan semangat yg baru, untuk 'menambah' ingredient belajar yg dia rasa kurang. Moga-moga sinar kejayaannya hadir sentiasa, sepertimana sinar pagi yg sentiasa membasahinya sebelum ke kelas. Semester lepas sudah tinggal sejarah, semester akan datang pastinya gift yg perlu dimanfaatkan.


Dia sedar sesuatu. Mimpi hari itu sebenarnya hanyalah gurauan tidur, penambah rasa dalam kehidupan. Namun, realiti sebenar adalah lebih indah dari yang dimimpikan. Syukur dengan LULUS SEMUA SUBJEK sudah memadai baginya. Tidak dapat dia bayangkan sekiranya ada fail.


In contrastnya, apa yg akan dia rasa kalau mimpinya itu sebaliknya? Kalau dia mimpi dapat 'empat rata' tapi realitinya 2 subjek C+, muram ke tak? Sungguh mimpi itu membantu, tidak sedikit tapi banyak. Fikiran tenang.


Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
(surah ar-Rahmaan, 55:13)

p/s: tertanya-tanya, ada ke tak org yg fail? Semestinya nk tahu jgk...

2 ulasan:

fairuspeng said...

bermimpilah agar sentiasa lulus...
jangan membawa mimpi buruk ke katil selalu

fahmi mat zin said...

yup3... sayo duk mimpi lulus jah loni... huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...