salam... ingin aku berkongsi apa yang aku dapat daripada perjumpaan dengan abang2 senior... sangat terkesan pada diriku, mungkin boleh juga ia memberi kesan kepada yang membaca ini...
Muslim Yang Baik
Muslim yang baik adalah muslim yang memberi senyuman yang manis setiap pagi. Kalau kita jumpa dia hari ini, dia senyum 'macho' kat kita, kalau jumpa dia pulak esoknya, tetap senyuman macho itulah juga tiada berkurang manisnya. Cikgu BM aku ada bagi 'petua', "senyum kepada orang muda, layan berbual dengan orang tua". Tapi di sini, nak kata yang kita senyum kepada semua orang.
Sembunyi Kemarahan
Abg2 senior tu kata, kita jangan tunjuk marah kita kepada audiens yang bukan sepatutnya.Contohnya, si Fahmi nak marah kat si Wafiy tapi jangan lah tunjuk kemarahan itu kepada si Hanif... kalau nak marah, kita marah depan orang tu terus & cakap dengan dia sahaja... kita adalah agen dakwah, agen perubah, jangan lari dari tugasan itu...
Professional Ustaz
Nak tak nak, kita kena cemerlang dalam akademik... Kalau ustaz2 yang bercakap soal agama, itu sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat... Tapi ada yang lebih menarik, iaitu apabila seorang ahli sains @ farmasi yang bercakap soal agama sambil mengaitkan dengan bidang sains dia tuu... Zaman sekarang, mentaliti masyarakat sudah berbeza sedikit berbanding 70-an, 80-an dahulu... So, belajar rajin2 & cukupkan ilmu agama, nanti jadilah professional ustaz yang boleh berbicara soal agama + sains dalam tutur katanya, kuliahnya, tazkirahnya....
p/s: aihhh susoh gop 2 nk wat g2 tapi aku akn cuba laa... siyes susoh, part nk sembunyi maroh tu...
2 ulasan:
bagus tuan punya belog ni. memanfaatkan nama kwn2 dlm post yg menarik ni..hehe :)
hahaha... k.fina datang mlawat ek...
alang2 ada kawan kiut mcm wafiyut tu, baek guna je nama dia... hahaha
Post a Comment