TA'RIF:
menahan diri dari melakukan perkara2 yg membatalkan puasa (makan, minum dsbnya) bermula terbit fajar hingga terbenam matahari disertai dengan niat
>>x bleh makan mnum weh, klau nk puasa olok2 baek xyah pose trus... stop eating sblm azan subuh, kan dah ada waktu imsak 2, utk pringatn kpd kita la bhw subuh mghmpiri... cepat2 bbuka once u hear azan mghrib... kalau xniat malamnye means xleh pose laa??!!! erk, xkan x tlintas pn "aku nk pose esok hari"... jgn memayahkan dri anda... hohoho
HUKUM:
Fardu ain
-semua orang wajib puasa, bukannya wakil 1 femili sorang
SYARAT WAJIB:
1) Islam
2) Taklif
-akil baligh (cukup umur)
-beraqal (tidak gila)
-tak wajib kepada golongan di bawah
رفع القلم عن ثلاثة عن النائم حتى يستيقظ، وعن الصبي حتى يبلغ، وعن المجنون حتى يعقل
“Diangkat qalam (tulisan amalan) daripada tiga jenis manusia : daripada orang tidur sehingga dia bangun, daripada kanak-kanak sehingga dia bermimpi (baligh) dan daripada orang gila sehinggalah dia berakal“. (Abu Daud (4403) dan selainnya).
3) Tiada keuzuran
-tidak haid @ nifas d siang hari
-tidak pengsan @ gila sepanjang hari (kalau pengsan d sebahagian hari, SAH puasanya)
1) sakit yang memudaratkan
-sakit kuat yg boleh membinasakan tubuh badan dia sdiri
-kalau sakit yg boleh membawa maut, HARAM dia berpuasa
-kalau demam sikit2, tak boleh berbuka
2) musafir panjang
-56 batu ke atas
-kalau paginya dia bermuqim, kmudian dia bermusafir, maka TIDAK BOLEH berbuka
3) lemah daripada puasa
-umurnya sudah 'panjang'
-sakit yg tidak ada harapan sembuh
SYARAT SAH:
1) Islam
-orang kafir tak sah puasa
2) Berakal
-mumayyiz (boleh beza antara yang baik & yang buruk)
3) Suci haid & nifas sepanjang hari
4) Dilakukan pada masanya
RUKUN:
1) Niat
-qasad dalam hati, tak syarat disebut dengan lisan
-niat pada maktu malam (satu waktu dari tenggelam matahari sampai terbit fajar)
2) Menahan diri dari perkara2 yang membatalkan puasa
-makan minum DENGAN SENGAJA
-msuk sesuatu ke perut melalui rongga mulut, telinga, hidung, qubul & dubur
-muntah DENGAN SENGAJA
-berjima'
-sengaja keluar mani (kalau TERkeluar mani, tak batal puasa)
ADAB-ADAB PUASA:
1) berbuka cepat2
2) bersahur
"Bersahurlah oleh kamu kerana dalam bersahur itu ada keberkatan" (hadis)
3) tinggal perkataan tak berguna (mengumpat, mengeji, mengata dsbnya)
4) jaga diri dari dengar lagu (lagu yang melalaikan)
Sekian, perkongsian yang dapat dicatat dari kata2 ustaz Azhar Idrus. Download ceramah dia kt bwh nie yer... huhuhu... Aku letak part 1 jer, part 2-6 tu cari la yer...
0 ulasan:
Post a Comment