from:
2) KaskusNews
Si Kidal itu ialah bahasa yang mudah difahami oleh orang kita. Si Kidal dalam erti kata lain ialah mereka yang menjadikan tangan kiri sebagai penggunaan utama dalam kehidupan seharian. Dalam dunia ni terdapat kira-kira 10% je orang yang bergelar Si Kidal.
Ada mitos mengatakan bahawa Si Kidal adalah golongan yang mudah diserang penyakit. Pernah diyakini bahawa Si Kidal lebih mungkin menderita dyslexia (gangguan perkembangan membaca), schizophrenia (gangguan mental), dan stuttering (gangguan komunikasi). Beberapa doktor percaya bahawa Si Kidal lebih cenderung menghidap kanser payudara, alergi, dan asma.
Atau dalam erti kata lain,
Si Kidal ialah Orang Kurang Upaya?!!!
Terdapat juga fakta 17% Si Kidal seluruh dunia mati ketika menggunakan peralatan untuk mereka yang menggunakan tangan kanan. Oh, benarkah ini fakta?
Nanti dulu, jangan terus menilai.
Mari lihat sudut positif menjadi Si Kidal.
1. Kepimpinan.
Lebih kurang 66% Presiden Amerika adalah Si Kidal. Mereka ialah Bill Clinton, George H.W. Bush, Ronald Reagan, Gerald Fold, Barack Obama dan John McCain. Bermaksud, sifat kepimpinan Si Kidal ialah tinggi.
2. Pemikir yang hebat.
Penyelidikan telah menunjukkan bahawa Si Kidal adalah "luar biasa." Penyelidikan di Australia menunjukkan bahawa orang kidal berfikir lebih cepat saat bermain computer games atau sukan. Si Kidal juga cenderung untuk mendapatkan lebih banyak wang. Si Kidal ialah orang yang kreatif dan inovatif.
3. Berdikari.
Beberapa kajian percaya orang kidal lebih berdikari kerana mereka terpaksa bergaul di dunia yang tidak dibuat untuk mereka ( dunia dimajoriti oleh orang kanan ).
4. Kemampuan menyesuaikan diri.
Kajian menunjukkan bahawa Si Kidal lebih mudah menyesuaikan diri daripada orang-orang tangan kanan. Ertinya, Si Kidal boleh menggunakan tangan kanannya untuk melakukan tugas-tugas jauh lebih mudah. Si Kidal boleh bertukar tangan lebih mudah.
TAPIII!!!!
Yang mesti kita ketahui ialah orang tangan kiri lebih aktif otak kanannya dan sebaliknya. Oleh itu, rahsia nak jadi cemerlang, mestilah seimbangkan dua-dua fungsi otak. Bagaimana? Aktifkan kedua-dua fungsi tangan.
Si Kidal ada kelebihan kerana peralatan seharian lebih kepada tangan kanan. Pada masa yang sama anda meggunakan tangan kiri untuk melakukan sesetengah perkara. Anda harus berbangga tentang fakta itu.
Otak kanan itu mengatur bagian tubuh sebelah kiri, sedangkan otak kiri mengatur tubuh sebelah kanan. Orang yang lebih nyaman menggunakan tubuh sebelah kiri, termasuk tangan kiri, bererti otak kanannya yang lebih dominan.
Gara-gara didominasi otak kanan, orang kidal jadi jauh lebih kreatif dibanding orang-orang yang biasa menggunakan tangan kanan. Otak kiri fungsinya mengatur hal-hal yang berhubungan dengan logika, sedangkan otak kanan mengatur hal-hal yang abstrak seperti seni, bahasa, musik, dan emosi.
Akibat otak kanan lebih dominan, anak-anak yang kidal juga biasanya punya daya khayal dan imajinasi yang tinggi, yang bikin mereka jadi lebih kreatif dibanding anak-anak bertangan kanan.
Kesimpulan:
Tangan kanan & kiri kedua-duanya adalah ciptaan Allah swt, tiada yang baik atau buruk. Yang penting, untuk hal-hal kebiasaan seperti bersalaman & makan tetap dibiasakan dengan tangan kanan. Manakala untuk menulis atau membaling bola, silakan sahaja guna tangan yang lebih kamu suka. Ingat !!! Allah swt ciptakan kita dengan kelebihan & kekurangan TAPI kidal bukan satu kekurangan.
p/s: jange tkot @ 'down' kalu anda kidal, anda samo jah nge ore laen... KITA BUKAN ALIEN!!!
2 ulasan:
salam...bangga lak jd si kidal nie..hak2
jgn riak..jgn riak..btw nice entry:)
caya la tuan fahmi!!!!
wassalam.. tak riya yer, kita jgn riya'...
ad ke patut kita nie kurang upaya???!!! kita spesel laa...
hahaahah
Post a Comment