05 March 2011

Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a.


SAYYIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ

~Abu Bakar @ Abdullah b. Abi Quhafah
~2 tahun lebih muda dari Rasulullah SAW
~tidak pernah minum arak
~paling dicintai & disayangi Rasulullah SAW
~mempunyai akhlak yg mulia, bijaksana dalam menyelesaikan masalah, 'cool' sahaja ketika dilanda musibah, lembut tutur katanya melayakkan dia sebagai calon khalifah selepas kewafatan baginda...
~berasal dari keluarga berada & dihormati oleh masyarakat Quraisy
~dermawan utk fi sabilillah:
"Islam tertegak diatas harta Khadijah r.a dan pengorbanan Saidina Abu bakr r.a".
~gelaran: 'As-Siddiq' kerana sikapnya yg selalu membenarkan apa sahaja kata2 & perbuatan Rasulullah SAW
" Andainya sekelian manusia akan mendustakan Muhammad s.a.w , Saidina Abu Bakr lah yang akan tampil dengan penuh keyakinan untuk membela ku "
~trmsuk dalam As-Saabiquunal Awwaluun (org ke-3 memeluk Islam selepas Saidina Ali k.a.w & Zaid b Haritsah)
~keimanan yg tinggi:
" Jika ditimbang iman Saidina Abu Bakr dengan sekelian ummat, nescaya berat lagi iman Saidina Abu Bakar"
~meninggal di ketika umurnya 63 tahun



KISAH-KISAH

1) Isra' Mikraj
Selepas berlaku Isra' dan Mikraj, segolongan orang yang kurang mempercayai apa yang telah dikhabarkan Rasulullah S.A.W. telah pergi menemui Saiyidina Abu Bakar R.A. untuk mendengar pendapatnya. Tujuan kedatangan mereka itu tidak lain dengan prasangka tentunya Abu Bakar R.A. kali ini akan mendustakan kisah yang tidak masuk akal pada fikiran mereka itu. Setelah ditanya Abu Bakar R.A. lalu berkata, "Adakah Muhammad berkata begitu?" Sahut mereka, "Benar!" Maka ujar Saiyidina Abu Bakar R.A. "Jika Muhammad berkata begitu maka sungguh benarlah apa yang diceritakan itu". Lalu mereka pun terus menyambung, "Engkau percaya hai Abu Bakar bahawa Muhammad sampai ke tanah Syam yg lebih sebulan perjalanan pulang, di malam semalam tadi?". Maka sahut Abu Bakar sungguh-sungguh, "Benar! Aku percaya! Malah lebih dari itu aku percaya kepadanya. Aku percaya akan berita dari langit yg diberitakannya baik pada waktu siang mahupun di waktu malam!"

2) Hijrah ke Madinah
Allah swt memerintahkan baginda & org beriman hijrah ke Madinah. Rasulullah SAW meminta Saidina Abu Bakar menemaninya. Gembiranya Saidina Abu Bakar sehingga Sayyidatina Aisyah mengatakn bahawa beliau tidak pernah melihat ayahnya begitu gembira lebih gembira daripada hari ini. Mereka keluar melalui pintu belakang rumah Saidina Abu Bakar menuju ke Gua Tsur. Kegelisahannya tentang tentangan org Quraisy ditenangkan oleh Rasulullah SAW. Jawab Abu Bakar, "Yang saya bimbangkan bukanlah mengenai diri saya sendiri, kalau saya terbunuh, yang tewas hanyalah seorang manusia biasa. Tapi andaikata tuan sendiri dapat dibunuhnya maka yang akan hancur ialah satu cita-cita yang suci murni. Yang akan runtuh ialah keadilan dan yang akan tegak pula ialah kezaliman". 

3) Infaq utk Perang Tabuk
Untuk Perang Tabuk, Rasulullah SAW menyeru kpd kaum muslimin utk mengorbankan harta mereka utk Allah SWT. Datanglah Saidina Abu Bakar bertemu Rasulullah SAW dengan membawa hartanya yg banyak (4000 dirham). Terkejut Rasulullah SAW seraya berkata, "Hai sahabatku yang budiman, kalau sudah semua harta bendamu kau korbankan, apa lagi yang akan engkau tinggalkan buat anak-anak dan isterimu?" Pertanyaan Rasulullah S.A.W. itu dijawab oleh Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq dengan tenang sambil tersenyum, ujarnya. "Saya tinggalkan buat mereka Allah dan RasulNya". 

4) Tahu dekatnya ajal Rasulullah SAW
Pada suatu ketika di saat Rasulullah membaca khutbah yang antara lain menyatakan bahawa kepada seseorang hamba Allah itu ditawarkan untuk memilih dunia atau memilih ganjaran yang tersedia di sisi Allah, dan hamba Allah tersebut tidak akan memilih dunia, melainkan memilih apa yang tersedia di sisi Tuhan... Maka ketika mendengar khutbah Nabi demikian itu Saiyidina Abu Bakar R.A. lalu menangis tersedu-sedu, kerana sedih dan terharu sebab beliau mendengar dan mengerti bahawa yang dimaksud dalam isi khutbah tersebut ialah bahawa umur kehidupan Rasul di dunia ini sudah hampir berakhir. Demikian kelebihan Saiyidina Abu Bakar R.A. di-banding dengan para sahabat yang lain kerana beliaulah yang mengetahui bahawa umur Rasul hampir dekat.

5) Kewafatan Rasulullah SAW
Saidina Abu Bakar yg berada di tempat lain semasa kewafatan Rasulullah SAW bergegas ke Madinah & terus ke rumah Siti Aisyah r.a selepas mendapat berita tentangnya. Saidina Umar al-Khattab pun sukar menerima kewafatan baginda dan berkata, "Rasulullah tidak wafat, dia hanya pergi menghadap Allah sahaja seperti perginya Nabi Musa yang telah menghilangkan diri dari kaumnya selama empat puluh hari, kemudian pulang semula kepada kaumnya setelah diheboh-hebohkan wafatnya". Saidina Abu Bakar terus mendapatkan jenazah Rasulullah SAW yg terbujur di satu sudut rumah dan membuka wajah Rasulullah SAW lalu mengucupnya. Katanya, "Wahai, betapa cantiknya engkau ketika hidup dan betapa cantiknya engkau ketika mati!". Lalu keluar mendapatkan kaum muslimin dengan berkata, "Wahai kaum Muslimin! Barangsiapa yang menyembah Muhammad, maka Muhammad telah mati. Tetapi barangsiapa yang menyembah Allah maka Allah selama-lamanya hidup tidak mati". "Muhammad itu tidak lebih dari seorang rasul seperti rasul-rasul yang terdahulu darinya. Jika ia mati atau terbunuh patutkah kamu berundur ke belakang. Sesiapa yang surut ke belakang, dia tidak akan membahayai Allah sedikit pun dan sesungguhnya Allah akan memberi ganjaran kepada orang-orang yang bersyukur" (surah Ali-Imran :144). Setelah itu, barulah Saidina Umar sedar & pasti akan kewafatan Rasulullah SAW. Ayat ini yg pernah dibacakan semasa Perang Uhud.


diringkaskan dari : 

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...