12 February 2011

Say No to Valentine's Day


tiba2 jer teringat psl Valentine's Day lps baca 'paper' pagi xdi...

tarikh 14 Februari stiap thun mnjdi trikh yg d tnggu2 oleh psngn kekasih...

Malaysia ker, UIA ker, Africa ker... everywhere lah


khutbah Jumaat pada 11/02/11 gak ade brkaitan pristiwa nie...

sedikit yg dpt dkgsi bsama yg smpat aku 'tgkp & 'smpan'...

-peristiwa nie BUKAN daripada ajaran Islam, tiada kaitan pun ngn agama kita

-kebiasaannya, psangan kekasih akn mghntr kad @ kiriman bunga kpd psangan nya

-Islam tidak mnyekat umatnya brkasih syang, tapi caranya kena betul & mengikut syariat

-thun 2000-2008: lebih 257,000 bayi didaftarkan tanpa nama bapa (jmpa tepi jalan @ kt mane aku xthu la)

-meniru budaya asing tnpa mengetahui latar belakang & detailnya mungkin boleh merosakkan agama 
pelakunya

-dan banyak lagiiii.... tapi aku x smpat tngkap daaa...


Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.
(surah al-Baqarah, 2:120)


Hukum meraikan Hari Valentine
*edited

Tiada kekeliruan hukum dalam isu hari Valentine, kerana ia jelas amalan agama lain. Hukumnya adalah haram kerana sambutan ini mengandungi unsur-unsur dan elemen kepercayaan agama lain, di samping pelbagai perkara sampingan yang membawa kepada perbuatan maksiat dan bercanggah dengan Islam.

Abu Daud meriwayatkan sebuah hadis bermaksud, “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka ia termasuk dalam kaum tersebut”.

Al-Bukhari dan Muslim juga menyebut, Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa mengamalkan perkara bukan daripada amalan kami maka ia ditolak”. Sehubungan itu Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia juga memutuskan, sambutan Hari Valentine ini adalah dilarang. 



Sejarah disebalik Hari Kekasih (Valentine Day)
sumber: Kisah Sebenar

Valentine adalah nama seorang paderi yang dipenjarakan oleh Kerajaan Rom semasa pemerintahan Cladius II.. Valentine merupakan seorang paderi yang tegar dalam menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut.

Walaupun Valentine telah dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama kristian di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.

Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu).

Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

boleh juga ke :
ii) GAMIS



p/s: kalau ad yg prnah meraikan Valentine's Day sblm nie disebabkn JAHIL xpe, pintu taubat sntiasa trbuka utk mereka yg brbuat salah... kalau yg dh thu 2, refresh smula iman anda... (alhamdulillah aku x prnah doe...)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...