31 January 2011

Darurat d Mesir!!!

salam keamanan..

apa cerita d Mesir sekarang??
mcam mana keadaan masyarakat di sana
especially students Malaysia
mgkin ada kawan2 kita, sanak-saudara @ family kita yg berada di sana
keadaaan darurat yg entah bila akan reda...

sudah ada pelajar perempuan Malaysia dirogol...

boleh update keadaan semasa d sini



30 January 2011

Tahniah RED WARRIOR!!!

  KEL 2  -  0 SEL  
Piala Sumbangsih menjadi taruhan 
antara   KELANTAN   & SELANGOR
pada semalam (29/01/11) di Stadium Shah Alam...
Alhamdulillah aku berpeluang tengok LIVE d stadium...

sesampai aku d stadium, 'kenaling dooh' (cuak giler) eh...
aku sampai d tempat penyokong Selangor daaa, dah la aku sorang2...
2org kawan aku lg da sampai awal, means that aku pegi sorg2...
bayangkan anda sampai d kubu musuh
berseorangan
pakai 'uniform' yg melambangkan anda adalah  musuh mereka...
x jumpa sorg pn yg pakai baju Red Warrior kt c2...
adoooiiii...

>>>nampak merah, tapi ada kuning... Selangor la 2...


28 January 2011

Aku Rugi @ Untung???

  Siapakah Yang Rugi Dan Siapakah Pula Yang Untung?  




Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang paling sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.






Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku reda dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.





Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.









25 January 2011

Menang & Kalah

salam ceria dalam duka...
Sports and Martial Arts Carnival (SMAC) d UIAPJ...
pesta sukan ini antara department kos2 yg ada di CFS PJ & NILAI-->MEDCY, ENGENIUS, PRESSS, LAWS, IRK, IDEA, BAR, BENS, ECONS, HS & INTECHSS...
best jer tengok org duk bermaen bola sepak, bola tampar, bola keranjang, takraw dan free fight... hahaha
ada lagi game laen, malas nak sebut... huhuhu


best jgk maen volleyball & takraw nie... jadi wakil MEDCY, dapat la bagi sumbangan cket2...

ada satu kali 2, kawan aku bagi killer Q ktku, "KENAPA JOIN SMAC?" aku jwb spontan, "sajer, suka2... dapat gk hilangkan stress dengan cara bersukan.. 'aku x macam mu'..." hehehe..


aku puji laa semangat mereka yg maen dengan bsungguh-sungguh untuk mendapatkan pingat untuk society masing2 (kalau la buat kerja laen pn sama semangat mcm nie kan bagus duhai encik fahmi mat zin, hehehe)...


xde la aku gaduh @ pukul orang @ 'katok' refferee @ 'lempar botol'...baek kan... hahaha

KEPUTUSAN:
MEDCY:
-tempat ke-3 keseluruhan... ok la 2...
-JOHAN 'Fair Play'... mkne nye atlet mereka baek2 jer sume xde gaduh dsbnya (tmasuk aku).. hahahaha

20 January 2011

Novel: 1511H [KOMBAT]

salam semua... sekadar nk berkongsi novel yg telah dibaca... uihhh, nie novel yg 1st kot sempat dihabiskan betul-betul... yg laen, berhenti sekerat jalan tanpa berita, ada yg stat baca d muka surat belakang dah... adoiiiii... tapi, aku bukan 'hantu novel'... hahaha


>>>cover novel nie...


1511H [KOMBAT] karya Faisal Tehrani ini telah dinobatkan sebagai pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2003 dalam kategori novel remaja...


Novel Islamik ini mengisahkan tentang sekumpulan pejuang Islam yang akan mempertahankan Makkah, Madinah & Jazirah Arab daripada serangan gila US. Kesemua  mereka adalah insan yang terpilih dari ceruk dunia yang berbeza, latar belakang mereka juga berbeza. Tentera-tentera Islam juga kesemuanya bukan calang-calang orang, hebat akidah, hebat ibadah... Mudahnya, mereka ini adalah REMAJA-REMAJA yang sudah mencapai kesemua 10 Muwassofat Tarbiyyah. Apa yang menariknya penceritaan dalam novel nie, ummat Islam sudah mempunyai kesedaran & kesanggupan berjuang untuk agama. Juga persiapan yang mereka buat untuk menghadapi peperangan, bukannya baru hari nie persediaan itu dibuat tapi daa bertahun-tahun lamanya... Komunikasi antara mereka sudah tidak menggunakan henset Nokia 5130c-2, yahoo mail, gmail & sebagainya tetapi melalui komunikasi minda (seleps dimasukkan cip).
Kelengkapan perang mereka juga sangat unik & meng'gempak'kan kamu yg membaca...
-cyborg: tentera g dimasukkan cip
-cypher: pesawat risikan yg kecil
-igla dan buk
-sarcos
dan banyak lagi... nak tahu??? baca sendiri... hehehe


Watak-watak penting:
-Jeneral Syarifah Nusaybah Syed Abdullah (The Cyborg Lady, 63 tahun)
-Komander Syed Habib Syed Mohamad (22 tahun, strategis perang)

17 January 2011

Nak Mintak Rehat???!!!

Sapo Xse Berehat???!!!!
alangkah indahnya hidup kalau dapat berehat kan... 
belajar 1 sem selama 14 mggu, lepas 2 dapat cuti, cuti = rehat dari belajar d kampus... 
selepas penat bekerja, bos bagi cuti, rehat juga kan... 
berehat selepas bermain, sangat nikmat dirasakan masa i2 kan...

kata seorang kawan aku,
"bleh x kalau nk mintk berehat sekejap?"
tanyaku, "kenapa?"
"meeting x habis2, xde masa untuk aku studi & buat kerja aku..", katanya
"ikut mu lah, panda mikir blako 2 gak... bkpo x mitok brhenti slalu...?" aku brtanya
...DIAM SERIBU BAHASA...

eiii.. "layak kah kita mintak rehat???" sebelum persoalan 2, tanya dulu, "kenapa perlu rehat?"
"apa yg kau faham tentang rehat?"
"kalau x rehat, tapi kurangkan kerja... x boleh ker?"

persoalan besar nya: " LAYAK KAH KITA MINTAK REHAT?"
x mahu buat kerja2 baek buat sementara waktu...
nak tengok org laen buat kerja Islam...



Mereka berkata: "Hai Musa, kami sekali-sekali tidak akan memasukinya selama-lamanya, selagi mereka ada di dalamnya, karena itu pergilah kamu bersama Tuhanmu, dan berperanglah kamu berdua, sesungguhnya kami hanya duduk menanti di sini saja." (al-Maidah, 5:24)

Wahai pejuang.. Saat dirimu diuji bila badai perjuangan melanda.
Adakalanya kau kuat kerana kau yakin ALLAH di sisi
Tapi satu masa bila semangat kau pergi, walau bergoncang jiwa ragamu...
Jangan kau lari dari medan ini.
Biarkan ALLAH terus memegang hatimu...
Memandu langkahmu..
Membentuk dirimu menjadi pejuang sejati...
Tidak mahukah kamu???!!!


p/s: x malu kah anda duhai en. fahmi mat zin... jangan pernah terlintas di fikiran untuk mintak rehat yer.. NEVER EVER DO THAT...

13 January 2011

Tanda-tanda Keras Hati

salam peringatan untuk diri sendiri & kawan-kawanku...

Hati = sumber ilham dan pertimbangan. Hati = tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil serta ketenangan dan kebimbangan.

Hati merupakan sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati.

Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:
 
1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan
Terutamanya malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunat. Allah telah menyifatkan kaum munafik dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)
 p/s: jangan pernah merasa cukup dengan ibadah hok kito buat.. namun, jangan terlalu menumpu kepada ibadah sampai tinggal semua bendo lain... bersederhana itu lebih baik... pikir-pikirkan bersama...

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran
Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali. Mereka juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberikan peringatan, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman-Ku." (Surah Qaf, ayat 45)
p/s: tak blaja Bahasa Arab & baca Quran bukan tafsir... boleh paham ker??? kalau pun blajar Bahasa Arab, paham semua ker??? sebaek2nya tengok tafsir jarang2... hmmm... susoh jgk 2...

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat
Segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego, individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.
p/s: hok nie payoh cket nok elak... dush3 (keno sembe muko dnding)... adoooiiii

4. Kurang mengagungkan Allah
Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah diperlekehkan orang lain, tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.
p/s: pakat2 kita cek smula hati kito... ada orang yg tak suka kepada hukum Islam, xtahu la aku nok kato guano, kesian kan kpd ore gi2...kan3... jangan pernah PERSENDA Islam, buleh MURTAD 2 bohh... 

sumber: iLuvIslam

10 January 2011

pharmacy vs medic

salam jihad menuntut ilmu... dilema course sudah tamat, borang untuk kuliyyah ke main campus juga sudah diisi... bermakna, kos yang diisi akan diambil bila aku pindah ke main campus...

adakah MEDIC @ PHARMACY???












1) sumbangan untuk agama
semua kos ada peluang untuk menyumbang kepada agama... "atah enta" la macam mana nak merebut peluang depan mata... bukan nya kos agama sahaja yang boleh menyumbang...

2) gaji?
-bagi aku, tidak dikisahkan sangat gaji 2... bukan bermakna bekerja tanpa gaji seumur hidup (adoooiiii susoh kecek nge ore 'gini')... memang menjadi keperluan untuk kita mempunyai wang untuk sara hidup...
mata duitan, mata pitis, mata hantu???!!! mintak jauh dari sifat begitu...
-ada sahaja org yang gaji nya 10k sebulan, tapi hidup x tenang & tenteram pun... ada orang yang kerja sendiri (gaji dio dari tangan dio sdiri), okey ja hidup depa... bermakna soal keberkatan itu menjadi ukuran pertama, 'keberkatan luaran & dalaman'...

3) minat
-kedua-dua aku tak minat... hahaha... "hok mano lebih mu minat", tanya seorang kawan... persoalan minat (mahu) & mampu kembali semula... sukar diberi jawapan itu duhai sheikhhh... xde lagi yg tanya, "hok mano kamu rasa x mampu?"...
kalau ada ditanya, aku sudah punya jawapannya sejak dulu lagi...

p/s: selamat menuntut ilmu & berjihad dalam bidang masing-masing


04 January 2011

Kerna Kita adalah 'Aku' (Part 4)

selamat tahun baru, selamat azam baru, salam perubahan... aku nak sambung cerekarama yang sebelum nie, x tahu bila nak habis daa benda nie...  benda2 santai la nie...

kisah kali nie berlaku semasa sem1 (kalau x silap aku) semasa 1st year... macam biasa, kelas aku bro 4 orang & sis tak terbilang la pulak banyaknya... kelas 'dia' pulak ramai brothers daripada sisters (mereka sentiasa membuli sisters)... ada 1 subjek yang sama kami ambik masa sem tuu... so, bila exam.. venue dia pun dekat2 jer la kan (smawp3)... exam midsem subjek tersebut adalah pada waktu malam, venue aku kat bawah & 'dia' kat tingkat atas...

aku n the gang (3 bro kelas aku) masuk sedikit awal untuk exam tapi 'dia' n the gang x masuk kelas lagi, duk lepak kat tangga (xde kerja la kot)... tiba-tiba, seseorang menyapa 'dia' (penyapa berdiri di tangga jer):

03 January 2011

Tahun Baru, Azam baru @ Lama??!!!

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Masih belum terlambat rasanya untuk aku ucapkan selamat tahun baru kepada semua yang mengenaliku tidak kira di mana anda berada (Mesir, UIA, Falahiah & sebagainya)...

Datangnya tahun baru ini mampu mendatangkan satu anjakan paradigma kepada kita semua hendaknya. "Apa azam tahun baru?", soalan yang biasa ditanya bila tiba tahun baru. TV1, TV2, TV3 n so on juga ada berbicara tentang azam  tahun baru.

Kedatangan tahun baru tidak boleh dihalang, tidak boleh disekat & tidak boleh diminta tangguh kerana ia perkara yang di luar bidang kuasa manusia. Mudah katanya, datang tanpa diundang @ makan tanpa dijemput...

Nak carry azam tahun lepas yang tak tertunai ke tahun ini???!!!
Bagi aku, tidak menjadi masalah. Bukan bermakna kita telah gagal mencapai azam & kena cari azam baru. Tak semestinya begitu. Bawa azam yang tak tercapai ke tahun baru & ditambah dengan azam baru yang lain, x susah kan???

Harapnya, kedatangan tahun baru memberi sinar yang baru kepada hidup kita. Perubahan ke arah positif & lebih baik perlu difikirkan oleh kita selaku 'orang bergerak'.



Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.
(Ar-Ra'd:11)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...