KEIKHLASAN
Album: Ameen
Munsyid: Raihan
http://liriknasyid.com
Niatkan pada yang satu,
Luruskanlah kata hatimu,
Bersihkanlah ruang jiwamu,
Berbuatlah dengan hati yang ikhlas.
Mulakan dengan namaNya,
Buatlah sepenuh hati,
Bagai esok sudah tiada,
Segalanya dengan nama Tuhanmu.
Jika niat kita benar dari awalnya,
Pekerjaanmu akan diberkati,
Semua usahamu akan sempurna,
Ganjaran pahala akan kau dapat.
Amalanmu takkan sia – sia,
Ada nilainya dunia akhirat.
Dunia ini tempat persinggahan,
Yang Tuhan ciptakan untuk manusia,
Semua cubaan dan dugaan,
Untuk menguji keimanan.
Hanya hati yang mulia,
Penuh keikhlasan dapat mengharungi,
Ketaqwaan kepada Allah,
Jadi penyelamat kita di sana.
ikhlaskah aku???!!!
kadang-kadang buat kerja, kadang-kadang lari dari kerja
kalau buat pun, sebab ada 'habuan' di sebaliknya...
bila kerja menjadi, punye la gmbira... kera mendapat bunga, mcm 2 laaa...
tapi bila sedikit x berjaya, habis semua orang derita... langit yang cerah pun, gelap katanya...
rupa-rupanya...
susah nak mencapai martabat ikhlas ini...
kalau ada yang kata senang, kongsi dengan aku cara-caranya...
bila keluar result exam yang gempak, "alhamdulillah, usahaku berhasil"..
tapi bila result xmenyenangkan hati & perut, xde pulak "mgkin ini ujian ALLAH swt kepadaku"...
seringkali, ada sahaja alasan & reason & 'kambing yang jadi hitam" dalam masalah sebegini...
apa itu ikhlas???!!!
IKHLAS = Ikhlas kepada Allah subhanahu wata’ala maknanya seseorang bermaksud melalui ibadahnya tersebut untuk ber-taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah subhanahu wata’ala dan mendapatkan keridhaanNya.
jangan pernah mengaku yang kita ikhlas, secara otometik, ikhlas kita terbatal...
"saya ikhlas nk tolong awak nie, kalau awk tak sudi xpe..."
"saya bagi hadiah nie dengan penuh keikhlasan di hati saya untuk awak..."
aku mahukan si IKHLAS ini... tapi usaha kena lebih sikit laa... niat kena lurus, tak boleh bengkang-bengkok...ALLAH swt mesti jadi tujuan palinggggg atas dalam bekerja...
Ya ALLAH, hati kami ini tidak sama dengan hati Rasul-rasulMu, tidak sama dengan hati sahabat-sahabat Rasulullah saw.. Kami pohon kepadamu supaya ditunjukkan jalan yang lurus kepada kami... Supaya kami tidak melencong dari kebenaran, sentiasa dalam keimanan & bisa meneruskan perjalanan ini...
0 ulasan:
Post a Comment