22 December 2010

Akhlak Sebagai Anak

“Huuuuh...” Ibu tua itu mengeluh panjang. Sekali lagi. Keluhan berat dilepaskan si ibu sejurus selepas bayang-bayang si anak mula luput dari pandangannya. Ditenungnya susuk tubuh anaknya itu sehingga ghaib menghilang bersama kawan-kawannya.

Kenapakah??!!!

Anak kesayangannya yang dikandung lebih 9 bulan sekali lagi pergi meninggalkan rumah. Ke mana agaknya hala tuju si anak perempuan itu? “Nak pergi program Islam bu, boleh kan..”, pujuk si anak, lembut sambil membuat mimik muka manjanya.

Peliknya!!! Kenapa ada ibu yang mengeluh bila anaknya ingin ke program agama???

“Bukan ibu tak nak bagi dik, tapi dah banyak kali adik keluar rumah. Masuk kali nie dah kali ke-3 dalam minggu nie saje. Belum kira yang minggu-minggu sebelumnya lagi..”, jelas ibu kepada anaknya dengan nada lembut. Si anak menganggap itu adalah ‘lampu hijau’ dari ibunya, mungkin dia kurang mengerti isi hati tersirat di sebalik ucapan ibunya. Masih mentah mentaliti anak itu mungkin.

Siti @ nama penuhnya Siti Fatimah bt Mat Zin sememangnya dikenali sebagai wanita solehah dalam kalangan kawannya. Mengikuti ceramah-ceramah agama, forum perdana, kem-kem ibadah & yang sewaktu dengannya sudah menjadi rutin baginya. Di mana ada proram, di situ ada Siti. Di mana ada Siti, pasti di situ ada program agama.

Siti pulang ke rumah, hampir-hampir maghrib waktunya. Memang jelas terlihat butir-butir keletihan di wajah Siti, pucat seperti mayat. Dizahirkan keletihannya kepada ibu tersayang, “Bu, Siti naik berehat dulu... Siti capet bu...”, kata Siti. Sudah biasa Siti berceloteh dengan ibunya dalam bahasa asing kerana itu tanda kemesraan mereka, penguat hubungan pengikat kasih.

******************** 

Ibunya sudah boleh dikategorikan sebagai golongan emas, namun acapkali dia enggan mengakuinya. “Ibu masih kuat dik, boleh buat kerja lagi. Cakap jer kerja apa yang adik boleh buat, ibu juga boleh buat sama macam adik, tidak ada kurangnya walau sedikit. Umur kita jer yang berbeza, tapi kudrat sama kuat”, pandai ibu berhelah depan adik.

Ibu sentiasa sahaja melakukan kerja-kerja rumah, tapi adik..... amat jarang membantu ibu sendiri. Tapi program-program Islam tidak pernah missed walau sekali. Alangkah aneh kelakuan adik Siti. Sudah beberapa kali sikap Siti ini ditegur oleh kawan rapatnya, Rozana.

***********************THE END***********************

Apa kata ...~~Menjadi Diriku~~...:

Anak yang baik, tidak menambah beban yang sudah ada kepada ibu bapanya. Secara mudahnya, tidak kira parti apa yang anaknya sokong, ibu bapa hanya mengharapkan supaya anaknya adalah ‘orang’ & boleh mendoakan mereka hari ini dan esoknya. Kalaulah kamu penyokong parti 1Malaysia tapi suka bantu mereka, solat tak tinggal, puasa tak ‘yuk-yuk’ & baek sahaja tingkahnya lebih ibu bapa kamu sukai daripada penyokong Kepimpinan Ulama' tapi kutu rayau, tak solat, malas membantu di rumah. Jadilah anda orang yang sebenarnya dengan berakhlak baik, jangan jadi hantu pari @ pocong @ zombi kampung pisang. Hehehe 


p/s: hak cipta aku... 1st time mencoret cerita nie. Sila bagi komen yang membina, komen meruntuhkan pun takpa..

12 December 2010

Permainan...

aku di tag secara smbunyi2 oleh Qistina... dah lame tp bru perasan... huhuhu


List top 4 persons in your heart & answer the qeustions given:
1) Fahmi (diri sendiri ada dlm diriku)
2) Hanif (kawan rapat... hahaha)
3) Syahrul (dah lame bersama)
4) Syed (kawan se'sengal')


Are you older than your 2nd person?
~~nope... die lbih 5 @ 6 minit JER...


If you are going to Disney world would you take no. 3?
~~tak nak ah... nanti kurang sikah die... hahaha


If you are crying, would the 1st cheer you up?
~~ofkos... kbiasaannya xde yg laen, hnya 1st shj yg thu & dia cheer me up...


If you find out that 2nd & 4th are going out, what would you do?
~~"eh, nok g mano 2? jom3... aku nk g atek, teme mu bleh dok" (tanpa segan silu)


Have you hugged anyone in your top 4?
~~rasanye sume pernah dihugged by me since secondary school...


How long have you known 4th?
~~can't remember the exact date... tapi, masa form1 lagi dah kenal...


Who have you known the longest?
~~2nd...


Who have you known the least?
~~3rd... mula bertegur sapa dengan en.syahrul masa form 4 sebab sekelas...


Who did you hang out last?
~~last: 4th... dia melawat aku... 
~~2nd last: 3rd... kami 'make lasat' 4 hours utk ke destinasi yg hanya memerlukan 1 hour...  


Who did you chat to on YM @ Gtalk the last?
~~3rd... kami suka chatting yg mngarut2 cket...


Have you ever missed anyone on your top4, if so then who?
~~sume skali la & aku yakin mereka juga begitu... hahaha


When was the last time you talk to 3rd?
~~today (12/12/10) at 8.50am...


Have you ever spent the night at your top 4s' houses?
~~yupp... the 2nd


Do you love anyone from your top 4?
~~certainly... i love them just like i love myself... insyaallah


aku xtahu nak tagg saper... NO ONE TAGGED...

07 December 2010

...Salam 1432H...

salam tahun baru hijrah kepada semua...

datangnya tahun baru 1432H, 1431H berlalu pergi...
perginya yang lama, pasti ada sesuatu yang ia tinggalkan...
ingatlah sentiasa kenangan pahit & manis itu...
sematkan ia dalam memori & panggil ia kembali bila memerlukannya...

datangnya tahun baru, perubahan itu yang perlu...
bererti ada sesuatu yang perlu dikorbankan...
bukannya mengorbankan yang kita tak suka, tapi apa yang kita sayang ditinggalkan...
ingin meninggalkan habitual actions, penderitaan menjadi tanda tanya...
berubah untuk berjaya, mahukah kita???!!!!


semangat baru sempena tahun baru...
azam baru untuk kehidupan yang lebih baik...
kalau dulu banyak tidur, sekarang banyakkan studi...
kalau dulu malas ke kelas, sekarang consultation dengan lecturer...

kenapa???!!!!

because myself is not just for myself, it's for themselves...

02 December 2010

mencipta kenangan

salam sayang kpd sahabat2ku... ari nie, aku masih d kampus PJ... ramai kawan, sahabat & 'saeng' d sisi aku... tapi, ramai kawan yang aku rapat akan sambung ke Gombak nanti, aku plak ke Kuantan... ada 5 bulan lagi (sebab aku ambik short sem)...

"satu masa nanti, aku pasti rindu kpd kamu2 semua", kata seorang sahabat saya (si A)... in fact, kami akan berpisah jgk d akhirnya, tapi biarlah ada sesuatu untuk dijadikan 'reminder' bahawa 'kita' pernah duk sekali...

macam mana kita nak ingat kt seseorang yang akan berpisah dengan kita???!!!! 

  MENCIPTA KENANGAN  
SELASA, 31/11/2010
aku berdua dengan sahabatku pergi jalan2 sekitar KL... hahaha. sampaikan tak ingat untuk balik awal sebab ada 'hal' hinggakan mereka yang lain-lain ternanti-nantikan kami... masuk 'hal' lewat, kena 'iqob!!!
"disebabkan lewat, kamu kena 'iqob makanan & minuman" (mesej dari bos aku)
RESULT: kami bawak pulang 'buah tangan' each, tapi mntak pndpt ramai sahabat lain untuk memilih warna & akhirnya yang majoriti sentiasa menang... hehehe

RABU, 1/12/2010
ari nie pn mencipta kenangan bersama yang tersayang (sahabat)... xboleh bercerita panjang, nanti marah As-Syahid Imam Hassal al-Banna...hahaha... makan malam: mee goreng + telur dadar
hepi bangat sih... dapat tengok kekecewaan MALAYSIA 1-5 INDONESIA pulak... really appreciate ur effort 2 help me releasing my stress...
RESULT: sudah ditop4 kembali ...~~Menjadi Diriku~~... 
p/s: maafkan aku kepada mereka yang mesejnya tak berjawab...huhuhu


.....to be.....

SABTU, 4/12/2010
ada request untuk mencipta kenangan pada tarikh ini... namun, kena tengok macam mana dulu... mungkin boleh, mungkin tidak boleh... akan tetap aku usahakan yer...
p/s: kepada yang mengajak, sila banyakkan berlatih terlebih dahulu... jangan terjun longkang sudaaa... hahaha
 

29 November 2010

Terima kasih Kawan...

arghhh... letih & capet bukan... however, thanks 2 u all my frens...
really hard to make it if u all are not with me...

aku rase bersyukur, bertuah & berbangga dgn kamu semua... sggup mmbantu & menolong satu sama laen... hehehe

kenapa perlu 'bekeng' @ garang cket ???(ada yg nk ckp kelate, tapi jadi 'beking' plak daa...)
-nak sruh kerja jalan... kalau tak buat2 bekeng (xbekeng pn wlpn dah d cuba), banyak yg duk saje goyang kaki
-nak latih supaya jangan jadi 'manja kededek' (ak xthu ap tfsirannya dlm bhsa KL)... buat itu xleh, buat ini xleh... mnangis kena tgur??? xde kan

-saje2 nak 'maen angin' dgn smua
-sebab keje aku begitu

hanya ALLAH swt yang mampu membalas setiap apa yg anda buat, aku pn xbleh nk bagi apa2 kpd kamu

...TERIMA KASIH SEMUA... 
"Teruskan menjaga kebajikan diri sendiri walaupun sudah ada orang yang menjaga kebajikan kita"...

p/s: x paham, tanya yg paham... bg pluang kt orang laen plak utk jd mcm aku yer... huhuhu

25 November 2010

Kerna Kita adalah 'Aku' (Part 3)

pernah sekali aku pergi makan kat kafe yang biasa kami makan... kafe 2 agak femes & brothers suka pergi makan kat situ... tapi, aku x pergi 'berdua', single jer...

sudah makan, semasa on the way nak pergi basuh tangan, ada seorang bro (si A) nie tegur aku:

"eh, ko dah hantar repot chem?", tanya si A...
"dok lagi, mu atar doh ko?", selamba aku tanye balik kat die... (ambik kau, tanya aku sangat)
"belum lagi gk, xstat buat lagi pun", jawab si A.
"bilo nok keno atar?", aku menyoal...
"ari nie...", jawab si A
"owh, nati siap aku g atar lah", dengan yakin nya aku membalas

60saat kemudian, aku kembali ke meja makan... on the way, laju jer tangan aku menaip mesej:

23 November 2010

Komander Kecil

komander harith amjad b mohd hakimi
komander, persiapkan diri anda untuk mengisi ruangan dalam sidang komander selaku seorang komander yang hebat dari Malaysia... walaupun masih kecil, persiapan itu perlu... melentur buluh biarlah dari rebungnya... andalah yang akan menggantikan pemimpin pada hari ini yang telah 'cemar'... anda kenalah 'cuci' daripada yang tercemar itu...


>>>komander 'lapar' & letih... kesiannn



>>>inilah jadinya bila 'senjata'nya dibuang...



>>>"saya sudah kenyang, jom bermain", kata komander...



>>>hehehehe...


jauhi dari menjadi mereka yang 'manja' duhai komander... dunia tidak mahu pemimpin yang manja... komander nie telah di'kidnapped' dari ibunya & bawak lari untuk menjalani latihan bersiri...

"babies today leaders tomorrow"
ingat tuu komander...

p/s: kalu xpehe, sila baca 'Kombat 1511H' by Faisal Tehrani

21 November 2010

Tazkirah Raya Qurban

salam perkongsian... semoga hidup kita tidak lekang dari mengingatiNya & kekasihNya...

wahhh.... ini tahun amat bertuah bagi aku, diberi kesempatan untuk bertemu dia... kecuakan yang lain dari yang lain itu sudah pasti tapi ku gagahkan juga untuk bertemunya... sabtu (20/11/10) pkul 9.30 pagi kami mula berdiskusi...

sangat terkesan dengan tazpen (tazkirah pendek) darinya...

1) 'tunjuk' dengan 'guide' jauh berbeza, tidak sama...tunjuk hnya sekadar tnjuk tapi guide nie tunjuk jalan... perumpamaan nya seperti kita belajar memandu, kalau cikgu memandu hanya 'tunjuk' cara memandu (1st skali, stat engin lepas tu tekan klac masukkan gear & strusnya) boleh ke kita memandu???!!! "tak boleh"... tapi kalau ckgu memandu 2 guide kita dengan tnjuk cara stat engin, cara tekan klac sblm kita stat memandu, boleh ke x kita memandu???!!! insyaallah buleh kan... itulah beza antara 2 benda trsebut... "kita kena jadi guider kepada orang lain (adik2)"...

2) jngan suka bagi alasan 'sibuk' bila sesuatu kerja tidak terbuat... alasan nie dah tak boleh pakai... bla...bla...bla... if we want to stop something, it's really easy but if we want to start one thing, it's truly very hard (translate drpd bhsa kelantan ke BI)

3) cuba check dalam diri kita, ada ke x elemen2 tersebut:
-komited
-kefahaman yang mendalam
-rasa kebertanggungjawaban
komited dengan kerja-kerja, faham apa yang sedang dibuat & kena ada rasa bertanggungjawab dengan tugas yang diberi... elemen2 nie menjadi ukuran penting untuk kita update diri kita... (diolah sedikit dari yang sebenar untuk kesesuaian diri aku)

sama-sama kita baiki kelemahan diri kita untuk anjakan paradigma yang sebenar-benarnya...

16 November 2010

Kejatuhan Akademik: Siapa yg Patut Dipersalahkan???!!!!!

salam ... aku nak kongsi ngan hampa semua tentang tajuk si atas yang telah menjadi tajuk perbahasan kami pada 2 hari yang lepas...(perbahasan santai ler, bukannya ala parlimen)

yang brothers, mereka kena persalahkan kepada diri sendiri yang menyebabkan akademik jatuh 'berlebuk' (bahasa kelantan), means that tajuk mereka adalah "kejatuhan akademik: diri sendiri yang patut dipersalahkan"... tapi kan, kesian kat sisters sebab tajuk perbahasan nie agak 'bias', mereka punye dapat tajuk "kejatuhan akademik: persatuan yang patut dipersalahkan"... (x kesah la sebab aku yang bagi tajuk, aku kan brother...) kalau bersetuju dengan tajuk anda, anda kena 'oppose' tajuk grup yang satu lagi...kalau diri sendiri patut dipersalahkan, persatuan tak patut dipersalahkan & vice versa...

nak dijadikan cerita, masing-masing setuju dengan tajuk yang diberi... alhamdulillah... (berbahas lah anda dengan bijaksana yer)...
maap yer, ak just letak point penting yang dicakapkan.

(dah la tajuk tak menyebelahi sisters, aku pulak sruh sisters yang mula dulu... kesiannnn)

1st point sis,
sis#1: persatuan mengambil masa studi kita... masa kita studi jadi singkat sebab diambil oleh persatuan untuk buat meeting...
bro: kalau dah tahu ada meeting, tarik masa studi 2... awalkan masa studi anda.. contohnya, masa studi kita yang asal adalah dari pukul 10-12 malam, so awalkan kepada waktu petang...ape susah!!! (sajer aku edit cket ayat die nak bagi 'hot' ckit)


1st point bro,
bro#1: masalah studi adalah disebabkan diri kita sendiri... kita yang tak pandai bahagi masa untuk studi & untuk berpersatuan... hari ini, orang tidak melihat kepada akademik semata-mata, ko kurikulum juga diambil serius...(huh, bro nie hangin ckit)
sis: masalahnya, meeting tak pernah habis awal... x pernah meeting habis pkul 9 @ 9.30 kalau start pkul 8mlm... paling-paling awal pkul 11 @ 12... (sis dah stat naik angin... hahaha)


2nd point sis,
sis #2: berpersatuan nie menyebabkan tekanan dari rakan sekerja sebab tak semua dalam society buat kerja mereka... banyak kerja hanya diletakkan di atas 'pundak' mereka...(apa 2, aku pn x paham maksud pundak??)
bro: kalau dah buat kerja sorang-sorang, itu bukan persatuan namanya... persatuan nie adalah setiap orang buat kerja yang diamanahkan & tidak terlebih membebankan diri sendiri @ orang lain...(sis xpaham maksud persatuan ker hah???!!! ishk3)


2nd point bro,
bro #2: diri sendiri yang patut kamu persalahkan sebab kamu tidak ada jati diri yang tinggi, kebergantungan kamu kepada ALLAH swt macam mana... mungkin disebabkan dosa yang kamu lakukan, ALLAH swt balas terhadap keputusan akademik kamu... (dush3.. terasa terhantuk laptop la pulak, aku pun terasa kot...)
sis: tapi tak semua ada jati diri seperti yang bro #2 bagitahu... kalau yang ade jati diri macam tu xpe la, kalau yang takde macam mane plak... (apa yang kamu mksudkan dengan jati diri nie, aku x paham sebenarnya tapi aku malas nak tanye...!!!!)


3rd point sis,
sis #3: society boleh menyebabkan kita tertekan... terlalu banyak program & kerja yang kena buat... meeting pulak almost every night... (kuat giler die meeting sebelum nie kan...)
bro: setakat hari ini, tak pernah lagi society buat meeting setiap malam...( perghhh... society nie  hebat bebenor ler kalau sampai every night).. kalau dekat ngan program memang la kerap meeting, yang tu tak boleh dipertikaikan...


3rd point bro,
bro #3: kenapa perlu kita persalahkan kepada benda lain bila kita ditimpa masalah??!!! (elakkan memelihara 'kambing hitam'... embekkkkk) bukan ker diri kita sendiri yang menjadi punca masalah tersebut... kita tak studi sebab diri kita yang taknak studi, bukan society yang menghalang kita studi... kalau orang lain boleh studi & berpersatuan, kenapa kita tak boleh???!!! sebab diri kita sendiri lah...
sis: papp... papp... papp (tepuk tangan pulak daaa)... (setuju ler 2)


Penutup:


"semua tutup mata, kita mengundi siapa yang patut dipersalahkan"
semuaaaa tutup mata, akur dengan arahan... huhuhu


"siapa setuju diri sendiri yang patut dipersalahkan?"...
tanpa segan silu (dah semua tutup mata kan), mereka angkat tangan... wowwww... semua setuju, takde seorang pun yang tidak setuju... bagos3...


"siapa setuju persatuan yang patut dipersalahkan?"...
......................(tiada undian, automatik kalah daaaa)


Betul la kan... apa-apa yang berlaku kepada diri kita adalah puncanya diri kita sendiri bukan benda lain... Kita dapat result rendah sebab kita malas studi, tak pergi kelas dan sebagainya... 


"sesungguhnya ALLAH swt tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum hatta mereka sendiri yang mengubah nasib diri mereka..."




p/s: point bro warna biru, point sisters warna pink

14 November 2010

KATA – KATA HIKMAH KHULAFA’ UR RASYIDIN

Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq berkata: 
Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, yaitu:
· Ia akan mati and hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;
· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;
· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau;
· Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna .

Sayyidina Umar Al Khattab Rha. berkata: 

· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina. 
· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga. 


Sayyidina Othman Ibnu Affan rha. berkata: 

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
· Hatinya selalu berniat suci
· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.


Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah berkata: 

· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara' (memelihara diri dan hati-hati dari dosa).
· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.
· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan. 
· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya,maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, berarti dia tidak wara', sedang orang yang tidak wara' itu berarti hatinya mati.

13 November 2010

Kerna Kita adalah 'Aku' (Part 2)

salam... kebanyakan cerekarama ini adalah peristiwa yang berlaku selepas masuk CFS... kenapa?????


sebab kat skolah dulu, mereka akan dapat confirmation dlu,
"nie hanif @ fahmi?"... "hanif", jawab fahmi...


tapi kat sini, mereka bantai jer...
"woittt fahmi, hang tak puas ka dok study?"
"hanif, makang doh ker?"
(ada unsur masuk bakul angkat sdiri d situ)


disebabkan kos kami tak sama, kelas kami pun jadik tak sama... tak pernah lagi kami sekelas... so, chance untuk orang kenal kami xde la kot.. tapi, ade gak subjek2 yang sama kami ambik (COMP1, RIM & BTQ)...


classmate aku kan ramai pompuan dari lelaki, 'dia' pulak ramai lelaki dari pompuan... kesian aku!!!!!! sebab nak kena kenal semua kawan dia... ramai kot... pegi smawp, jmpa kawan 'dia'... pegi libry, jmpa kawan 'dia'... pergi pasar malam punnnnnnn jumpa kawan 'dia'... aduiiii
(puyolll sikit)

11 November 2010

Dipotong Tangan Kerana Bersedekah

Dikisahkan bahawa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam
kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang
kaya dengan berkata, "Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti
dengan ikhlas kerana Allah S.W.T."

Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang
kaya, lalu memberikan roti yang masih panas kepadanya. Sebaik sahaja
gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang
bakhil itu terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus.
Semenjak dari peristiwa itu maka Allah S.W.T pun mengubah kehidupan
orang kaya itu dengan menarik kembali harta kekayaannya sehingga dia
menjadi seorang yang fakir miskin dan akhirnya dia meninggal dunia dalam
keadaan yang paling hina.

Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke
rumah. Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang
kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah
tersebut. Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa
anak gadis itu masuk ke rumahnya. Ibu itu sangat tertarik dengan gadis
tersebut dan dia berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis
tersebut. Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun
memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.

Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami
hendak makan bersamanya. Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya
dan suaminya juga tidak tahu bahawa dia itu kudung, manakala ibunya juga
telah merahsiakan tentang tangan gadis tersebut. Maka apabila suaminya
menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri. Apabial suaminya
melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata, "Aku mendapat tahu bahawa
orang fakir tidak tahu dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengan
tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri."

Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan
tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya. Dengan tibatiba
terdengar suara dari sebelah pintu, "Keluarkanlah tangan kananmu itu
wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti
dengan ikhlas kerana Ku, maka tidak ada halangan bagi-Ku memberikan
kembali akan tangan kananmu itu."

Setelah gadis itu mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan
tangan kanannya, dan dia mendapati tangan kanannya berada dalam
keadaan asalnya, dan dia pun makan bersama suaminya dengan
menggunakan tangan kanan. Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu
kita, walaupun dia fakir miskin apabila dia telah datang ke rumah kita maka
sesungguhnya dia adalah tetamu kita. Rasulullah S.A.W telah bersabda yang
bermaksud, "Barangsiapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia
telah menghormatiku, dan barangsiapa menghormatiku, maka sesungguhnya
dia telah memuliakan Allah S.W.T. Dan barangsiapa telah menjadi
kemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahanku. Dan barangsiapa
menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka Allah
S.W.T."
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud, "Sesungguhnya tetamu itu apabila
dia datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama
dengan seribu berkah dan seribu rahmat."

Kerna Kita adalah 'Aku' (Part 1)

assalamualaikum... semoga diri kita sentiasa terpelihara dari maksiat-maksiat...

syukur tak terhingga kepadaNya kerana diberi nikmat 'hidup berdua' sebelum sampai kepada masa yang sepatutnya (x kahwin dah ada partner... huhuhu). sedari kecil hingga besar, banyak persoalan yang 'diterjah' oleh mereka-mereka yang 'tak dapat peluang itu'... hehehe

tapi kan...
ada beberapa soalan yang memang dah MUAK nak jawab, dah terlalu kerap hingga kami boleh hafal soalan tersebut, antaranya:

-mana satu abang, mana satu adik??? (jwpn kami: "banyak khilaf tuu...")
-yang mana keluar dulu??? (yang nie tak boleh nak tipu daaa...)
-yang mana lebih bijak??? (tunggu result exam jer laaa....)
-yang mana lebih ensem??? (pe kessss...)
-pernah gaduh tak??? (ofkos la pernah, kami kan lelaki..)
-nanti kahwin macam mane, kahwin sekali ker??? (itu kami punye plan, tak payah susah2 nak ambil tahu)
-apa perasaan anda ada kembar??? (ada ke patut soalan nie yang kawan aku tanye masa kami dalam 1 program, duk tengah2 tension dapat soalan yang tension..)

memang aku rezakkkssss ngan saper2 yang tanya soalan macam nie...

sering kali kawan-kawan aku tersilap panggil tapi kami tak kesah pun... kadang-kadang famili kami pun ada tersilap panggil... adooooiiiii...

dalam kebanyakan benda, kami punya taste yang agak sama... sometimes, sesuatu yang aku nak, tak perlu diterjemah melalui kata-kata... tup-tup dia dah jadikan ia realiti... 6th sense kot... hahaha

sambungan d entry yang lain.... (cerita orang yang tak cam kami)

10 November 2010

sujud syukur...

salam kesyukuran di atas nikmat-nikmat yang dikurniakan Sang Pencipta kepada makhluknya (terutama kita)..



terkadang diri kita mendapat satu kenikmatan yang sememangnya kita inginkan. Contohnya, mendapat result exam yang sangat cemerlang (dean's list berjuta-juta kali), hajat kita dimakbulkanNya dan sebagainya.


Mahu tidak mahu, kita selaku hamba kena bersyukur kepada Rabbul 'Izzati... Hebat mana pun kita, besar mana pun kita, tinggi mana pun jawatan kita tetap kena bersyukur... Tidak boleh buat 'lebih kurang' jer dalam bab bersyukur...


Sujud syukur???
tak kan tak pernah dengar sujud syukur???!!!


sujud syukur ialah sujud yang dilakukan apabila seseorang itu mendapat kenikmatan daripada ALLAH swt atau terhindar dari bahaya & malapetaka. Ia juga sebagai tanda terima kasih kita kepadaNya di atas nikmat-nikmatNya.


dalam mazhab Syafi'e, sujud syukur tidak boleh dilakukan dalam solat. Ia hanya SUNAT dilakukan di luar solat. Hukumnya bukan wajib, namun adakah kita nie kacang lupakan kulit??? Sudah tak reti nak bersyukur kepadaNya, mulut sudah bisu untuk ucap ALHAMDULILLAH??? anggota badan sudah lumpuh untuk buat sujud syukur...???


sebelum kita melakukan sujud syukur, pastikan diri kita SUCI DARIPADA HADAS KECIL & BESAR, MENUTUP AURAT & MENGHADAP KIBLAT...


caranya:
angkat takbir, niat sujud syukur & terus sujud sekali SAHAJA... selepas itu, duduk macam tahiyyat akhir & terus bagi salam... senang jer kan??!!!!


so, tunggu apa lagi... jom zahirkan kita punya kesyukuran kepadaNya dengan sujud syukur (ini antara cara bersyukur, ada lagi yang lainnya)
kita sentiasa dapat nikmat yang lebih daripada orang lain... kita dapat result yang gempak, keturunan kita baik-baik belaka, ahli usrah di bawah kendalian kita berjaya 'diajar' dengan baik & sebagainya...


p/s: jangan tunggu ALLAH swt tarik nikmat yang dia bagi, baru nak menyesal sebab tak bersyukur...

09 November 2010

derma darah (9/11)



"dik, dah makan? tngah hari nie?"
"dah, tapi pagi xdi ah..." kata saya
"pkul brape?", tnye kak 2 lagi.
"lbih kurang pkul 10, 10.30 gitu"
sampuk seorang kakak lagi, "adik kena pegi lunch dlu, lps 2 datang smula"
selesai timbang berat, aku 'dihalau'...

aduhhhh... (aku dh breakfast xdi, malas nk pegi lunch sbb awal lagi)
trpaksa la pegi makan semata-mata untuk derma darah...

lepas 15 minit, aku datang smula kat AMF untuk sambung prosedur derma darah... kawan aku yg datang bsama dah stat bagi darah kat beg...

smlm (lps pkul 12mlm dah), aku dapat mesej dari kawan...
"g drma darah ari nie... nk x?"
aku balas, "boleh jah"...
"pagi @ petey?"
"lps zhur la, pagi ado kls"

sampai d AMF, aku tunggu kawan aku yang laen pulak untuk mnjadi teman mnderma darah... sesampainya dia, terus kami pergi smbung prosedur derma darah..

apa yang aku PELIK nye, seorang KAKAK yang jaga kaunter untuk cek borang2 & tekanan darah selepas kaunter timbang berat 2, dia x pakai alas tangan semasa berurusan dengan BROTHERS... ape kesss???!!!! mgkin dibolehkan tapi seelok-eloknya jagalah jgk... kalau dengan sisters xda pa la kan...
(terkejut tengok blood pressure sendiri...adoooiiiii)


by the way, alhamdulillah tak berlaku apa-apa yang tak diingini sepanjang derma darah sulu & sekarang...

belajar bahasa Kelantan


jom3... kpd 'orang luar', meh belajar bahasa
Kelantan... mana la tau kan!!!
hehehe



Bekwoh = kenduri (mungkin berasal dari big work)
Tohok @ tahok = buang
rhukah = panjat
Ghohok = susah, payah
Bokbong - spesis musang
Ttuyup - pepatung
Pok Kor - spesis mengkarung
Ike Kkhonge - ikan cencaru
Gelenyar,Gletah, gletik -mengenyam, gedik
saksoba=absorber
Supik Gelenyar/supik ghokghak - plastik bag (yang nipis tu.)
Buah Topoh = buah epal (diambil dr perkataan Arab "tuffah" = epal)
mokte = rambutan
kuk/kok = sekeh
nnjja = tendang
x cakno = x hirau
nyaknyo = kesian
bbaloh = kelahi
Ggaduh @ beloghat = nak cepat (double `G' means sabdu))
ddebe = berani gilerr
hungga = lari (bkn hungga bungga ekk)
cuwoh @ ciwoh = curah
getek/etek/ retek = juga
tepoh = langgar
tubik = keluar
SAK DUK GGOBAR = Jangan risau.. Don't worry, be happy!!!
IDAK KO = cuma
WAK GGOGHI = Bagi memulakan sesuatu.. to start with.(biase nyer dlm urusan perniagaan)
DEKPONG GAK EH = Kalau ya pun
Jjughuh = baik (jjughuh budok tu = baik budak tu)
Kelaghing = kesat/not smooth cth:(kulit kelaghing = skin not smooth enough)
belengas = melekit
klikpah klikpah = terpinga pinga
lipotey = x tetap duduk
nneting = melantun


Kelantan + English?? = "Kelantalish" .... hohoho
Contoh:
POZEK (deposit)
RIZAT (result)
NNEJA (manager),
ISTEK (estate),
SUWIH (switch),
MERKET (market), dll...
BOKK (book)
rhoba (rubber)pemadam


Kata penguat dlm bahaso Klate pun boleh tahan menarik:

manis LLETING
masin PPEGHAK
pahit LLEPE
mase PPUGHIK
tawar EBER
putih SSEPUR
hite LLEGE
biru KKETU
kuning NNEHE
kenye BBONYAH
comel LLOTE
gemuk DDEBOK
busuk BANGA
hapok KOHONG
nnakut/penakut apah
cerhoh/cerah jheriloh
jatuh celabok
kuca hanya (suara mengidung sedikit)


Ada beberapa "bunga bahasa" dalam loghat kelantan yang unik.. Antaranya:
YAK = lebih kurang "opocot!!!" atau "oops!!
DEH? = memohon restu atau persetujuan...lebih kurang "OK?",
GAK = lebih kurang "habis tu.." atau "so.."
PAH? = lebih kurang "GAK"
HO(bunyi naik ke hidung sikit ) = "ya lah.." atau "yes"
DOCK? = lebih kurang "bukan?", "betul tak?" atau "isn't it?"
LAMOKEY = nanti kan


Seperkara lagi, ada diantara perkataan dalam penggunaan biasa loghat Kelantan di anggap TABOO dalam loghat yang lain, atau sekurang-kurangnya tak manis didengar pengertiannya di dalam loghat tempat lain...


Yang popular digunakan antaranya:

CEBOCK : kita maksudkan 'cedok', selalunya untuk cecair, mencedok air. 
Banyak tempat sebelah pantai barat membawa maksud "basuh b***k"(istinja).
PPATAK : kita maksudkan 'paling bawah'. Mencarut bagi mereka...
JEBUR : kita maksudkan 'botol' (kurang popular sebenarnya, tapi org tua-tua masih guna perkataan ni...) Kalau silap dengar, lain maksudnya.
KOTER : kita maksudkan "kelapa tua yang kering tak berair" (ingat slogan CAWAT KOTE?) di kebanyakan tempat, ianya mencarut juga!!
TTINO : kita maksudkan 'perempuan' t! api bila sebut BETINA, 
ramai yang marah.(begitu juga JATE...)
AIR TUAK : kita minum di bulan puasa, buat berbuka!!! Bagi orang luar, 
TUAK adalah Haram (sama taraf dengan TODI & ARAK ...)
Yang fresh & manis tu dipanggil NIRA.
NNATE : kadangkala "simbol" kemesraan antarakawan... 
cuba direct translate jadi BINATANG... Boleh bergaduh nanti...
SUKU SAKAT : bagi kita,bermaksud "tidak kena mengena", 
bagi org KL,ia bermaksud "kaum kerabat" contradict betul!!!sprt gak perkataan bujang(buje)membawa erti janda kl di kelantan.
SIA = sembuh 


Biasanya perkataan yang berakhir dengan`an','am','ang' diganti dengan `e'. cth: 

Jangan=jange
Lengan =lenge
ayam = aye 
Geran = gere,
Pisang = pise
Malam = male BUT NEVER NEVER & NEVER apply this formula on words like
pelam(mangga) & pelan.(nanti jd lain lak.)

Akhir sekali, peranan "SABDU" dalam loghat Kelantan. 
Begitu besar dan boleh membezakan langit dengan bumi.Sekadar contoh,
Tanpa 'sabdu' orang boleh patah gigi kerana MAKAN KANTIN, sepatutnya disebut MAKE KKETENG (eating at the canteen)!!!
Atau salah faham antara TAK PAKAI (not wearing) dengan TOK PPAKA (useless).Atau keliru diantara KECEK (tipu) dengan KKECEK (bercakap) dan juga banyak di ringkaskan pecakapan 

sprt :make kkeda (makan di kedai) 
maye ssejid (sembahyang di masjid) tido lluar(tidur di luar)

selamat belajar bahasa kelantan... 
kna ckp dgn orang kelantan bru boleh pronunciation yg betul...

p/s: ciplak dari blog my friend... terima kasih v m

08 November 2010

eDcoustic - ...~~Menjadi Diriku~~...

assalamualaikum...
semoga hari-hari kita tidak pernah lekang dari kerja-kerja berfaedah & bermanfaat...

Menjadi Diriku
Munsyid: eDcoustic
http://liriknasyid.com

Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Kerna diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Dan wajahku memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku

Terimalah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Ku pun tak sempurna

Tetap ku bangga
Atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku miliki


kenapa pilih 'menjadi diriku' sebagai title blog nie...???!!!
disandarkan kepada diri saya sendiri, title ini hits the nail's head dengan kondisi saya sendiri...


"fahmi, please change your language, we cannot understand what u said..."


"attitude anda tidak bersesuaian dengan jawatan yang disandang.."


mungkin banyak khilaf & perbezaan pendapat tentang nasihat2 tersebut, namun kondisi semua orang berbeza-beza.. mgkin ada yang sesuai untuk si A tapi x sesuai untuk si B. bila diri kita diberi nasihat, akhlak yang terbaek sepatutnya kita tunjuk adalah dengan BERLAPANG DADA...


teguran a.k.a. nasihat yang kita terima menunjukkan bahawa si pemberi nasihat sangat 'concern' tentang diri kita... apa-apa yang ada pada kita, menjadi tilikan mereka & mereka akan membetulkan bengkang-bengkok pada diri kita... kebaikan yang kita peroleh menjadi 'income' untuk diri kita sendiri melainkan kita melenting, tak suka & marah bila diberi nasihat... yang 2, hangpa pikiaq sendiri la apa yang tak kena dengan diri hangpa...




'i am what i am".
teringat saya kepada ayat ini yang diberi oleh seorang sahabat saya pada suatu masa dulu... yes!!!!!!!!! kita adalah diri kita...

"do not pretend to be someone else, just be yourself"...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...